Suka makan Nasi Daging Utara bersama Air Asam Kerisik tapi tak tahu mana satu resipi yang berbaloi untuk dicuba? Min cadangkan anda cuba resipi perkongsian saudari Norzy Yusuff ini. Resipinya cukup mudah dan min sendiri pernah mencubanya. Hasil dan rasanya? Ahli keluarga memang suka. Anak pun ulang makan dan puji rasanya sedap. Memang berbunga hati dibuatnya. Jom cuba! Anda dan keluarga juga mungkin akan menggemarinya.
Daging (direbus empuk, ketepikan)
3 pot beras basmathi (rendam 30 minit) – beli online disini
2 sudu minyak sapi + 2 sudu minyak masak
2 biji bawang besar – mayang halus
6 ulas bawang putih – mayang halus
3 inci halia – mayang halus
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
2 sudu rempah kurma – beli online disini
2 helai daun pandan
2 biji tomato
¾ tin susu cair – beli online disini
¾ sudu penuh garam
Sedikit Cukup Rasa
Air rebusan daging
Daun ketumbar
1.Tumiskan 4 sekawan dan bahan yang dimayang. Apabila telah garing, masukkan daun pandan dan rempah kurma.
2.Masukkan air rebusan air sebanyak 4 ½ cawan pot yang sama dan juga susu cair.
3. Didihkan sebentar dan masukkan garam, cukup rasa dan tomato.
4. Toskan beras basmathi dan masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan tumisan dan daging yang telah direbus empuk.
5. Akhir sekali, apabila nasi telah masak, baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan elok gebu dan wangi.
NOTA: Nasi jangan dikacau ketika sedang masak untuk elakkan beras patah.
Resipi nasi ini lembut sedikit. Jika nakkan nasi yang berderai, kurangkan ½ cawan air rebusan daging.
2 biji bawang besar
2 biji tomato
10 tangkai cili api
1 mangkuk air asam jawa – beli online disini
3 sudu kerisik
Belacan bakar – beli online disini
Garam
Gula
Cukup rasa
1.Campurkan kesemua bahan di atas. Sedia untuk dihidang bersama Nasi Daging.
Kredit resipi & foto: Norzy Yusuff
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official