Resipi Nasi Goreng Daging Bersama Kacang Panjang. Ringkas, Pedas & Sedap!

Share

Terasa nak makan nasi goreng? Menu Nasi Goreng Daging Bersama Kacang Panjang ini antara yang anda boleh sajikan. Cukup rasa, pedas dan memikat selera. Memang sedap! Paling penting, memang sangat mudah nak sediakan.

NASI GORENG DAGING BERSAMA KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm nasi putih
  • 10gm daging tetel | dihiris kecil
  • 30gm kacang panjang | dihiris halus
  • 20gm bawang putih | dikisar
  • 30gm bawang kecil- dikisar
  • 5 biji  cili api | dihiris halus
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga garing.
  2. Masukkan daging tetel, kacau hingga kering.
  3. Kemudian masukkan hirisan cili kacang panjang, garam dan perasa secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan nasi, gaul rata lebih kurang dua minit.
  5. Angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Nasi ini akan lebih beperisa jika ditambah dengan hirisan bunga kantan.

 

Published by
Nur