Resipi nasi goreng ikan. Antara makanan untuk sarapan yang popular di sebelah pantai timur. Hingga ini, hidangan orang dulu-dulu ini masih disukai ramai. Namun, susah juga nak jumpa sekarang. Kakau teringin sangat nak makan, buat sendiri je lah.
Selain itu, ikan goreng yang digunakan biasanya adalah lebihan malam tadi dan dimasak esok paginya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Rizal Em ini. Nak membuatnya pun tak susah. Bahkan, tak perlu banyak perencah lain pun. Memang simple tapi sedapnya tak kalah dengan nasi goreng lain. Sekali cuba, mesti nak lagi!
2 senduk nasi dingin/sejuk
Ikan goreng (ambil isi dan asingkan tulang)
Seulas bawang putih (hiris) – boleh dibeli online di sini
1 biji bawang merah (hiris) – boleh dibeli online di sini
Sebiji telur
2 biji lada jarum/cili padi hijau (hiris) – boleh dibeli online di sini
1 sudu cili kisar/cili giling – boleh dibeli online di sini
Sedikit kubis (hiris)
Garam – boleh dibeli online di sini
Kicap secukup rasa
Minyak masak – boleh dibeli online di sini
Lerai-leraikan nasi sejuk. Seeloknya guna lebihan nasi dari malam sebelumnya untuk masak nasi goreng keesokan paginya.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, bawang merah dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau.
Masukkan nasi sejuk dan gaul sekata, Tambah isi ikan goreng, hirisan cili padi dan kubis. Gaul sekata.
Pecahkan telur dan gaul lagi. Perasakan dengan garam dan kicap secukup rasa. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official