Bagi penggemar sajian Nasi Goreng, pastinya akan terliur melihat menu Nasi Goreng Kambing ni. Sangat ringkas cara pembuatannya namun rasanya memang sangat membuka selera. Menerusi perkongsian saudari Nurul Ateekah, beliau menunjukkan cara-cara memasak Nasi Goreng Kambing yang sedap yang boleh anda cuba. Sesuai untuk hidangan 3-4 orang makan.
CARA MASAK NASI GORENG KAMBING PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi – peroikan
200gm daging kambing – potong dan rebus
Sayur sawi secukupmya
3 biji telur
3 ulas bawang putih – hiris – beli online disini
3 biji bawang merah – hiris – beli online disini
1 biji cili merah – hiris
3 sudu makan (rata) cili kisar – beli online disini
1 sudu makan serbuk perasa
1 sudu teh serbuk belacan – beli online disini
2 sudu makan sos ikan – beli online disini
2-3 sudu makan kicap manis ABC – beli online disini
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan bawang merah, masak hingga sedikit garing.
3. Masukkan cili kisar dan masak lagi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan telur (pecahkan di dalam kuali ). Masak sehingga hancur dan sedikit garing.
5. Masukkan daging kambing, serbuk perasa dan serbuk belacan. Gaulkan seketika.
6. Seterusnya masukkan nasi, hirisan sayur sawi, cili merah, sos ikan dan kicap manis ABC. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
7. Nasi Goreng Kambing siap untuk dihidang. Selamat menjamu selera!
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official