Nasi Goreng Kampung memang tak pernah mengecewakan. Dengan aroma bawang dan cili yang membangkit selera, ditambah dengan ikan bilis rangup dan sayur segar, hidangan ini memang wajib ada semasa sahur. Lebih enak jika Nasi Goreng Kampung dimasak menggunakan Anchor Unsalted Butter dan Anchor Cheddar Cheese Slices. Sebagai pelangkap, nikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango. Jom cuba.Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!

NASI GORENG KAMPUNG

Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus nasi putih | leftover
  • 50gm ikan bilis
  • 2 biji telur
  • 5 biji cili padi | dihiris
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 paket sawi
  • 4 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
  • 4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices

Cara Memasak:

  1. Cairkan Anchor Unsalted Butter bersama minyak. Goreng ikan bilis dan asingkan.
  2. Tumiskan bawang putih, cili padi dan telur sehingga naik bau.
  3.  Masukkan belacan dan nasi putih. Kemudian masukkan sawi dan ikan bilis. Gaul rata.
  4. Akhir sekali, masukkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices dan gaul.
  5.  Nasi Goreng Kampung sedia untuk dihidangkan.
  6. Boleh dimakan bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.

 

 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Resipi Parmesan Cheese Cake Yang Lembut & Gebu

Cara Buat Burger Salmon Cheese Banjir Di Rumah. Mudah & Sedap!

Resipi Burger Ayam Rangup Bersama Salad Mangga. Enak Hingga Menjilat Jari

Resipi Burger Ayam Chimicuri Sos Cheese Yang Enak. Memang Padu!

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Ads

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI