Nasi Goreng Kerabu, resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bahan-bahan yang digunakan tidak sukar diperolehi malah boleh guna apa sahaja bahan yang ada dalam peti sejuk. Sesuai sangat dijadikan menu makan malam keluarga di musim PKP ni. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK NASI GORENG KERABU SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi – peroikan
Udang
2 sudu makan ikan bilis – goreng
1 biji bawang merah – hiris – beli online disini
3 ulas bawang putih – ketuk – beli online disini
1 biji cili hijau – hiris
1 batang serai – hiris
1 kuntum bunga kantan – hiris
3 helai daun limau purut
Petai
2 tangkai kacang panjang – potong
2-3 biji telur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1/2 sudu teh serbuk lada putih – beli online disini
2-3 sudu makan sos ikan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Kemudian pecahkan telur masak sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah dan cili hijau.
4. Kemudian masukkan udang. Goreng sehingga masak.
5. Masukkan lada putih, bunga kantan, kacang panjang, petai, daun limau purut dan serai. Gaul rata.
6. Masukkan serbuk perasa, garam, nasi, ikan bilis dan telur. Gaul lagi hingga semua bahan jadi rata.
7. Akhir sekali masukkan sos ikan. Goreng sehingga sedikit berasap.
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official