Nasi Goreng Sardinperkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ini nampak sangat sedap dan membuka selera. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas dan mudah diperolehi. Bagi anda yang belum ada idea nak masak menu apa untuk keluarga, sajian ini antara yang terbaik dan boleh dicuba. Semua pasti sukakannya. Jom lihat cara-cara penyediaan.
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis hingga lumat. Bilangan cili boleh diubah mengikut tahap kepedasan yang digemari.
2. Bila bahan tumbuk sudah lumat, masukkan garam dengan secukupnya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin. Tutup kuali bagi mengelakkan minyak terpercik kerana ikan sardin ini akan meletup-letup bila digoreng.
4. Ikan sardin yang telah siap digoreng perlu dihacurkan.
Ads
5. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk bersama cili kisar hingga pecah minyak.
6. Masukkan ikan sardin tadi. Masak hingga hancur namun tidak perlu masak terlalu lama kerana ikan telah masak.
7. Seterusnya masukkan telur. Gaul rata dan masukkan nasi yang telah diperoikan. Gaul rata.
8. Untuk menambahkan seri nasi goreng, tambahkan kicap lemak manis dengan secukupnya. Gaul hingga rata.
9. Akhir sekali masukkan hirisan kubis dan juga kacang panjang. Gaul sampai semua bercampur rata dan lembut.
Sesekali hujung minggu cari ikan darat masak dengan menu tradisi kampung pasti tidak memgecewakan. Ia bukan hanya sedap tetapi boleh mengundang nostalgia zaman dulu-dulu. Terbayang sedapnya masak pindang, pais dan asam rebus ikan. Lebih sedap kalau ikan yang dimasak dirampai dengan sayur seperti bendi dan terung. Tak percaya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
IKAN LAMPAM GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
250ml santan pekat
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | mayang halus
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
2. Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
3. Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
3. Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
6. Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
7. Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya.
8. Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 kg Ikan Susu | buang sisik, bersih dan toskan
3 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | hiris
2 hirisan lengkuas | titik
3 keping asam gelugor
1 batang bunga kantan | belah dua
5 tangkai daun kesum
4 biji kacang bendi
Garam, gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air di dalam periuk secukupnya,masukkan asam gelugor, hirisan lengkuas dan bawang besar.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata.
3. Renehkan atas dapur, apabila kuah mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum.
4. Selepas dua minit perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Setelah cukup rasa, masukkan kacang bendi.
6. Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan.
IKAN TILAPIA TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Tilapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
3 sudu makan tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit secukupnya | untuk membalut ikan
Aluminium foil secukupnya
BAHAN HIRISAN:
Daun kunyit secukupnya
Daun kesum secukupnya
Daun pegaga secukupnya
Daun limau purut secukupnya
4 batang serai
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
2. Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya.
3. Gaul rata dan sebati.
4. Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
5. Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
6. Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit.
7. Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
8. Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
9. Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
10. Kukus ikan hingga masak.
11. Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas.
Dah fikir nak masak apa untuk makan malam? Tulang dan daging korban pun masih banyak, jadi boleh kita buat sup tulang.Cukup bahan-bahannya, memberikan aroma yang enak pada sup tulang ni.Cara yang ditunjukkan ini dimasak secara manual bagi yang tidak mempunyai pressure cooker.
1.Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3.Kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
2.Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi menjadi empuk.
3.Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
4.Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.
Nasi lemak memang antara hidangan sarapan yang digemari ramai. Kalau nak buat sambal, rasanya tiada masalah sangat cuma nasi tu kadang-kala kurang menjadi. Ada yang terlalu keras, ada yang terlalu lembik. Menerusi perkongsian saudari Leng Loy, beliau ajar cara-cara masak nasi lemak yang wangi, sedap, masak sekata dan butir nasinya sebiji-sebiji. Macam yang orang jual dekat gerai tu. Mudah sangat rupanya sukatannya. Puan-puan boleh cuba nanti.
RESIPI NASI LEMAK YANG WANGI, SEDAP & TAK LEMBIK
BAHAN-BAHAN:
3 cupak beras – boleh juga sukat guna cawan beras biasa
Halia – ditumbuk
5 helai daun pandai – potong pendek
1 kotak kecil santan
Sedikit garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan basuh bersih. Kemudian sukat paras beras menggunakan jari.
2. Asingkan beras bersih tadi ke dalam bekas lain. Kemudian masukkan air ke dalam periuk nasi sama paras dengan sukatan beras tadi.
3. Masukkan santan kotak. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan halia, daun pandan dan garam. Kacau lagi hingga garam larut.
5. Tambahkan minyak masak. Fungsinya adalah untuk dapatkan nasi lemak yang sebiji-sebiji dan tidak lembik. Pastikan jumlahnya tidak lebih dan tidak kurang.
6. Letak periuk nasi dalam bekas rice cooker, tekan suis dan masak hingga mendidih.
7. Sewaktu santan mendidih, masukkan beras yang dibersihkan tadi. Masak seperti biasa.
8. Selang 5-6 minit sekali, buka periuk dan gaul nasi agar ia sebati dengan santan. 9. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Semasa masak santan, jangan biar mendidih terlalu lama dan santan pecah minyak kerana nanti nasi jadi kurang enak.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.