Nasi Goreng Sardin perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ini nampak sangat sedap dan membuka selera. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas dan mudah diperolehi. Bagi anda yang belum ada idea nak masak menu apa untuk keluarga, sajian ini antara yang terbaik dan boleh dicuba. Semua pasti sukakannya. Jom lihat cara-cara penyediaan.
CARA MASAK NASI GORENG SARDIN SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 tin kecil sardin – beli online disini
2 biji telur
1 biji bawang merah besar – beli online disini
4 ulas bawang putih – beli online disini
8 biji cili padi – beli online disini
1 sudu makan cili kisar – beli online disini
Ikan bilis secukupnya – beli online disini
Hirisan kubis
Kacang panjang secukupnya
Garam secukup rasa
Nasi
Sedikit kicap lemak manis – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis hingga lumat. Bilangan cili boleh diubah mengikut tahap kepedasan yang digemari.
2. Bila bahan tumbuk sudah lumat, masukkan garam dengan secukupnya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin. Tutup kuali bagi mengelakkan minyak terpercik kerana ikan sardin ini akan meletup-letup bila digoreng.
4. Ikan sardin yang telah siap digoreng perlu dihacurkan.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk bersama cili kisar hingga pecah minyak.
6. Masukkan ikan sardin tadi. Masak hingga hancur namun tidak perlu masak terlalu lama kerana ikan telah masak.
7. Seterusnya masukkan telur. Gaul rata dan masukkan nasi yang telah diperoikan. Gaul rata.
8. Untuk menambahkan seri nasi goreng, tambahkan kicap lemak manis dengan secukupnya. Gaul hingga rata.
9. Akhir sekali masukkan hirisan kubis dan juga kacang panjang. Gaul sampai semua bercampur rata dan lembut.
10. Nasi Goreng Sardin siap untuk dihidangkan.
Kredit petua & foto: Tengku RosElyza Raja Mohammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official