Resipi Nasi Goreng Seafood Sotong Sedap Untuk Makan Malam

Share

Sedapnya Nasi Goreng Seafood Sotong perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Maklumlah, ramai yang suka makan Nasi Goreng sebagai hidangan makan malam. Guna perencah segera je tapi rasa macam beli sajian dari restoran. Nah…inilah masanya nak masak menu hebat tapi mudah untuk keluarga. Jom cuba!

CARA MASAK NASI GORENG SEAFOOD SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi putih – ikut sukatan pada perencah nasi goreng
  • 1 paket perencah adabi
  • Minyak untuk memasak
  • Bawang putih beli online disini
  • Bawang merah beli online disini
  • Cili merah /cili padi (jika suka pedas)
  • Cili hijau (jika suka)
  • Sedikit sahaja cili kisar (jika suka sebagai tambah)
  • Sawi
  • Taugeh, kacang panjang (jika suka)
  • Cendawan (jika suka)
  • Telur
  • Ikan bilis beli online disini
  • Sotong secukupnya
  • Sedikit serbuk lada hitam beli online disini
  • Sos ikan secukup rasa beli online disini
  • Garam jika perlu

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng telur. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian masak udang dan sotong hingga masak. Kemudian ketepikan. Jika nak masak waktu tumis bawang pun boleh.
4. Jika minyak berkurang, tambahkan sedikit minyak dalam kuali.


5. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
6. Masukkan bawang merah. Tumis lagi hingga kekuningan.
7. Seterusnya masukkan cili hijau, cili merah dan cili kisar (jika suka pedas). Masak hingga pecah minyak.
8. Masukkan perencah nasi goreng diikuti dengan udang, sotong, cendawan dan sayur-sayuran.

9. Tambahkan nasi putih, ikan bilis yang telah digoreng dan telur yang telah digoreng pecah tadi. Gaul sebati.
10. Jika nasi kering, masukkan sos ikan anggarn 2 sudu makan. Gaul sebati dan rasa.
11. Bila nasi sudah berasap dan rasa sempurna, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.

TIP: Jika mahu rasa nasi yan betul-betul sedap, masak ikut sukatan nasi di belakang pek perencah.

Kongsi resipi & foto: Nurul Ateekah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur