Makan

Resipi Nasi Goreng Sotong Kunyit. Makan Panas-Panas Memang Sedap!

Share

Anda suka makan nasi goreng? Jom cuba resipi Nasi Goreng Sotong Kunyit yang sangat sedap perkongsian saudari Har Ryea ni. Mudah, sedap dan tentunya membuka selera ramai.
Bagi yang suka makan nasi goreng pedas, boleh letak cili mengikut kepedasan yang disukai. Memang terbaik!
Paling sedap gunakan sotong segar. Barulah lebih enak rasanya berbanding sotong ring atau sotong sejukbeku yang dijual di kedai. Cubalah. Pasti anda puas hati dengan rasanya.

CARA MASAK NASI GORENG KUNYIT SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Nasi putih
Sotong segar
Minyak masak secukupnya
Ikan bilis – beli online disini
Telur
Ajinomoto & garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
BAHAN TUMBUK:
Bawang merah
Bawang putih
Lada merah
Sedikit cili padi hijau
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong, hiris dan masukkan dalam kuali. Buka api perlahan nanti air sotong akan keluar.
2.Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah & sedikit cili padi hijau. Jika suka, boleh sahaja kisar kasar.
3. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan sedikit.
4. Masukkan telur. Bila sudah sedikit masak, hancurkan. Ketepikan juga.
5. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk diikuti aji dan garam. Gaul lagi. Tumis lagi hingga wangi dan sedikit garing.
6. Masukkan sotong yang sudah dikeringkan airnya terlebih dahulu.
7. Tabur sedikit serbuk kunyit. Gaul rata semua bahan-bahan.
8. Masukkan nasi. Kacau rata sehingga berwap.
9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Har Ryea

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur