
Kaya dengan sumber protein serta sayur-sayuran. Jika suka, boleh ditambah hirisan ayam yang telah dicarik-carikkan.
BAHAN-BAHAN:
- 3 mangkuk nasi
- 100gm kacang buncis
- 2 ketul tauhu | goreng sedikit
- 4 ulas bawang merah | hiris nipis
- 3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
- 3 biji telur
- 1 batang lobak merah | hiris
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
- Sedikit daun bawang
- Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
- Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
- Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Nasi Impit Homemade, Keluar Seketul Macam Ni

Nasi impit homemade sememangnya lagi sedap daripada ketupat segera. Kalau ikut cara orang dulu dulu untuk menyediakan nasi impit ini, nasi lembik perlu disediakan terlebih dahulu.
Kemudian nasi lembik ini akan dilenyek dan ditekan. Nasi impit ini juga perlu dibiarkan mampat beberapa lama kemudian barulah boleh dipotong. Sememangnya cara ini memakan masa yang lama.
Tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk membuat nasi impit ini. Lagi menarik keluar seketul macam dalam gambar. Caranya dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina.
Tip ini menggunakan pressure cooker. Tapi buat yang tiada periuk ini boleh cuba menggunakan rice cooker biasa.

Caranya
- Sediakan beras 1 cawan dan air 3 cawan (beras biasa bukan basmathi)
- Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air.
- Masukkan ke dalam pressure cooker.
- Tekan butang congee /soup. Kemudian boleh tinggalkan untuk buat kerja lain.
- Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang untuk terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar seketul cantik tak melekat.
- Bila nasi sudah masak, satu tip untuk keselamatan jangan release wap. Biarkan wap keluar sendiri.
- Lepas beberapa minit barulah buka penutup pressure cooker.
- Angkat periuk kemudian tekan nasi biar padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.
- Kemudian biarkan nasi impit sejuk, tak perlu alihkan ke bekas lain.
- Bila sudah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah dipotong.
- Selagi masih panas /suam jangan keluarkan dan jangan potong, biar dulu beberapa jam.

Siap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan
Sumber: Wan Ros Ina Lina
Idea Sarapan Olahan Nasi Impit. Unik & Bercitarasa Moden

Nasi impit sering disajikan bersama kuah kacang , rendang dan kuah lodeh. Namun begitu, nasi impit juga boleh dipelbagaikan cara hidangannya kerana ia merupakan sumber karbohidrat yang enak.

Khas buat anda, RASA berikan cetusan idea untuk mempelbagaikan hidangan berasaskan nasi impit yang anda boleh hasilkan di rumah. Lepas ni jika ada nasi impit lebih, tak perlulah membazir. Macam-macam boleh buat.
1. NASI IMPIT OLIO

BAHAN-BAHAN:
- 2 paket besar nasi impit
- 2 keping daging salai|dihiris nipis
- 2 biji bawang putih
- 2 biji cili padi|hiris halus
- 1 biji cili merah |dipotong dadu
- 10 biji ceri tomato|dipotong dua
- Garam secukup rasa
- Minyak jagung|untuk menumis
- Herba basil secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
- Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
- Masukkan daging salai dan tumis sehingga garing.
- Masukkan separuh tomato dan kacau sehingga sedikit layu.
- Campurkan nasi impit, cili merah dan cili padi dan tambahkan garam dan herba basil mengikut citarasa anda.
- Tambahkan separuh ceri tomato yang sudah dihiris sebelum dihidang.
INFO CHEF: Pastikan daging salai dtumis sehingga garing untuk mendapatkan tekstur rasa yang lebih enak.
2. NASI IMPIT GORENG KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:
- 2 paket besar nasi impit
- 3 biji bawang merah|dikisar
- 2 biji bawang putih|dikisar
- 2 biji cili merah|dikisar
- 3 biji cili padi|dikisar
- ½ cawan udang kering|dibersihkan
- Sedikit minyak|untuk menumis
- Garam secukup rasa
- 1 kiub stok ayam
CARA MEMASAK:
- Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
- Kisar bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili padi sehingga halus.
- Tumis bahan kisar dengan minyak sehingga kekuningan.
- Masukkan pula udang kering dan tumis lagi sehingga naik baunya.
- Tambahkan stok ayam dan garam mengikut citarasa anda.
- Akhir sekali, masukkan nasi impit dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef: Penggunaan udang kering boleh digantikan dengan ikan bilis mengikut citarasa.
3. SALAD NASI IMPIT

BAHAN-BAHAN:
- 4 paket kecil nasi impit|direbus
- 1 biji timun jepun
- 15 biji anggur
- 10 biji ceri tomato
- 125gm jagung dalam tin
- 1 paket daun salad campuran
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS SALAD:
- 1 biji lemon
- 15ml madu
- Sedikit minyak jagung
- Sedikit garam dan lada hitam
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan sos salad, masukkan semua bahan-bahan seperti lemon yang telah diambil jus, madu, minyak jagung, garam dan lada sulah ke dalam botol dan goncang sehingga menjadi sebatian.
- Potong nasi impit mengikut citarasa anda.
- Lalu gaulkan sos salad bersama semua bahan dan ubah suai rasa mengikut citarasa anda.
Info Chef: Untuk lebih rasa, tambahkan kekacang untuk rasa yang lebih ranggup.
4. NASI IMPIT SAMBAL PARU

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket besar nasi impit|direbus
- 500g paru yang sudah direbus
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 4 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 1 biji tomato|dicincang halus
- Sedikit air asam jawa
- 5gm sos tiram
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi.
- Paru dihiris nipis dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
- Panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar dan tomato sehingga naik bau.
- Masukkan sedikit asam jawa, garam dan gula secukup rasa mengikut citarasa anda.
- Masukkan paru dan gaul sehingga mesra bersama nasi impit. Sedia untuk dihidang.
Info Chef: Paru hendaklah direbus terlebih dahulu sehingga ia benar-benar masak.
Nasi Goreng Cili Kering, Sedap & Ngam Untuk Sahur.

Ramai suka nasi goreng, dan nasi goreng itu sendiri pelbagai jenis. Dalam banyak-banyak jenis itu, mungkin Nasi Goreng Cili Kering yang dikongsikan ini, boleh membangkitkan selera bersahur anda seisi keluarga. Silap-silap bila jiran sebelah tercium bau pun teringin. Bagi anda yang ingin mencuba, ini resipinya.
NASI GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Segenggam ikan bilis
6 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering | telah direbus)
2 biji telur
Semangguk nasi
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
- Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, cili kering dan ikan bilis.
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
- Kemudian masukkan telur. Gaul sebati hingga telur masak.
- Masukkan nasi yang telah digembur-gembur. Gaul sebati.
- Masukkan garam.
- Bila dah sebati, siap untuk dihidang.
Kredit: #daridapurkakHas #kualikakHas

