Resipi Nasi Hujan Panas Mudah.

Share

Nasi Hujan Panas ini enak dinikmati dengan apa jua lauk pauk. Namun, ia lebih enak jika dimakan bersama ayam masak merah, dalca sayuran serta acar jelatah.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras | dibasuh dan ditoskan
  • 1 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 20gm buah gajus
  • 20gm kismis
  • 2 biji limau nipis
  • ½ sudu teh pewarna hijau
  • ½ sudu teh pewarna merah
  • ½ sudu teh pewarna kuning
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 20ml minyak sapi

 

BAHAN A:

  • 10gm bawang merah | dimayang
  • 5gm bawang putih | dimayang
  • 5gm halia | dimayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air, susu cair dan perahan limau nipis. Perasakan.
  3. Apabila air mendidih, barulah dimasukkan beras, buah gajus dan kismis.
  4. Tanak nasi sehingga kering dan masukkan pewarna secukupnya.
  5. Kaup balikkan dan sedia untuk dimakan.
Published by
Nur