
Jika ada lebihan nasi impit dan tak tahu nak masak apa, boleh hasilkan nasi impit goreng ni. Rasanya yang seakan nuget pasti memikat selera si kecil.
BAHAN-BAHAN:
- Nasi impit mini | dipotong empat
- 1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
BAHAN TEPUNG CELUPAN:
- 3 sudu makan tepung gandum
- 3 sudu makan tepung goreng ayam segera
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Gaul nasi impit bersama serbuk pati ikan bilis hingga rata.

2.Satukan kesemua bahan celupan dan bancuh hingga sebati.

3.Ambil nasi impit dan celupkan ke dalam bancuhan tepung tadi.

4.Panaskan minyak dan goreng nasi impit hingga kekuningan.

5.Toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit gambar & resipi: Arieza Rieza
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Bubur Nasi Berlauk. Idea Menu Makan Malam Yang Sedap.

Bubur nasi merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Cina dan sering dijadikan sebagai menu sarapan pagi. Malah, anda juga boleh menikmati hidangan ini sebagai sajian makan malam.
Sama seperti nasi putih biasa, bubur nasi ini enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan sampingan. Biasanya ia dihidangkan bersama ikan bilis goreng, lobak jeruk, sawi asin, kacang goreng dan sebagainya. Memang best. Cubalah.
BUBUR NASI BERLAUK

BAHAN-BAHAN:
- 250gm beras |di cuci bersih
- 1 liter air
- Secubit garam
BAHAN-BAHAN KANGKUNG GORENG BELACAN:
- 2 ikat kangkung
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci belacan
- 10 biji cili padi merah atau hijau
- Garam secukupnya
- Gula secukupnya
- 1 kiub ikan bilis
- 125ml air
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tanak nasik seperti biasa hingga menjadi bubur putih.
- Bubur ini dinikmati bersama jeruk asin, telur masin dan ikan kering.
- Untuk menyediakan Kangkung Belacan, potong sayur kangkung dan cuci bersih.
- Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan cili padi sehingga lumat.
- Ambil dua batang serai dan ketuk. Asingkan seketika.
- Tumiskan cili dan bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar terlebih dahulu. Tumis sehingga naik baunya.
- Tambahkan air jika terlalu kering. Masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
- Masukkan kangkung dan gaul rata. Biar kangkung sedikit lembut dan segera tutup api.
- Angkat dan nikamti bersama bubur nasi tadi.
IDEA LAUK YANG SESUAI DINIKMATI BERSAMA BUBUR NASI
Resipi Nasi Marjerin & Ayam Panggang Memang Padu. Lengkap Dengan Sambal, Kuah Kicap & Sup Puas Makan

Bosan pula makan nasi biasa. Apa kata ubah selera dengan nasi marjerin. Nasi jadi lembut dan wangi aromanya. Dipadu pula dengan ayam panggang memang sesuai dan menyelerakan. Boleh buat menu ini bila keluarga berkumpul nanti , pasti semua menggemarinya.
Bahan-bahan:
4 cawan beras
1 senduk besar marjerin-BELI ONLINE DI SINI
2 biji bawang merah -dimayang halus
Sehelai daun pandan
2 kiub ayam-BELI ONLINE DI SINI
1 senduk kismis
Cara memasak:
1.Basuh beras. Toskan.
2.Cairkan marjerin dalam periuk nasi.
3.Goreng bawang hingga terbit bau.
4.Masukkan beras.
5.Kacau rata. Masukkan air secukupnya.
6.Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis.
7.Kacau sehingga sebati.
Ayam Panggang
Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (pilihan)
Sedikit lada sulah-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan tadi di dalam satu mangkuk,tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
2.Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
3.Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.
4.Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja. Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang.
Sambal Nasi Ayam
Bahan-bahan:
6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan.
2.Masukkan air rebusan tadi.
3.Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
4.Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.
Kuah Kicap Nasi Ayam
Bahan-bahan:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara membuat:
1.Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk.
2.Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung. Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap. Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.
Sup Ayam
Bahan sup
Air rebusan ayam
Lada sulah
Daun sup
Garam secukup rasa
Cara membuat:
1.Panaskan air rebusan ayam, tambahkan air jika terlalu pekat.
2.Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
3.Taburkan daun sup di atasnya.
Kredit : Nurul Hawa Nadila Sari
#Dapomamakemba
ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER , JOM KLIK DI SINI.
https://www.rasa.my/buka-puasa-dengan-cinnamon-roll-pasti-habis-seloyang/
Tuna Briyani Resipi Istimewa YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati

Kesempatan berkunjung ke kediaman YAM Tengku Temenggong Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din amat dihargai. Setelah beberapa kali temujanji tertunda dek kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya pertemuan dengan kedua vip ini berlangsung dengan sempurna. Kala memasuki ke kediaman beliau, sudah terbau bau aroma masakan yang ingin dikongsi bersama majalah RASA.

Di atas meja sudah tersedia hidangan yang menyelerakan dengan penataan meja yang mewah dan bergaya. Rasa bertuah kerana hidangan pada hari itu sangat istimewa iaitu Siamese Kuey Teow Soup, Tuna Briyani dan Sotong Sumbat (putih) dari air tangan Che Puan sendiri.
Menurut Che Puan, Sotong Sumbat dihidangkan pada masa minum petang.” Pada mulanya saya tidak pandai makan,sebab rasanya manis. Selepas Almarhum tiada, suami mahu saya belajar bagaimana untuk membuatnya.Selepas beberapa kali cuba membuatnya, akhirnya berjaya memasak dengan sempurna.” jelas beliau.
Resipi Beriani Tuna pula adalah versi masakan cara beliau. Bosan dengan resipi beriani daging, kambing dan ayam maka beliau mengolah sendiri beriani tuna mengikut caranya. “Anak-anak saya sukakan ikan.Smoked Tuna ini datang dari Maldives. Kebetulan saya mempunyai kawan dari Maldives. Setiap kali dia pergi ke sana, saya akan mengirimnya. Resipi ini menjadi kegemaran anak-anak kerana Smoked Tuna tiada tulang. Anak-anak menyukai ikan seperti bawal emas, mereka lebih memilih ikan yang tiada tulang,”akui beliau.
Memasak menjadi rutin harian beliau. Hari minggu jadi kemestian beliau memasak untuk keluarga.”Hari minggu agak kelam kabut sikit kerana setiap anak mahu menu yang berbeza-beza. Ada yang nak western seperti spagheti, ada yang suka sos bolognese, ada yang suka sos putih. Jadi saya buatkan keduanya.Lasagna adalah kegemaran anak-anak. Suami pula apa yang saya masak semua digemarinya.Tengku lebih menyukai masakan melayu. Kegemaran beliau ialah Kari Kepala Ikan yang dimasak cara tipikal India. Aroma bau rempah ratus yang kuat baunya. Saya masak apa yang suami suka. Kalau balik ke Sarawak, memang menghayati sepenuhnya makanan di sana.Begitu juga suami amat menyukai masakan Sarawak.,” cerita beliau.

Bercerita tentang lauk kenduri di Sarawak, menu wajib ada ialah Daging Masak Hitam. Rasanya agak manis, kerana di dalamnya ada buah prun. Buah prun lebih pekat berbanding kismis yang ada rasanya masam dan manis. Nasi yang dihidang pula ialah nasi minyak. Ditambah dengan Laksa Sarawak sebagai menu sampingan. Ketika Raya, di mana -mana di Sarawak, pasti ada dihidangkan Laksa Sarawak.
Antara pemanis mulut yang disukai beliau ialah puding karamel. Beliau juga mahir dalam membuat kek lapis Sarawak.”Ibu yang mengajar saya cara membuat kek lapis yang sedap mengikut resipinya. Jadi kami mengikut resipinya dari dulu hingga kini. Biasa yang disukai ialah Kek lapis Desafair dengan bahan asas iaitu horlick dan biskut marie dengan warna hijau dan coklat. Selain itu kek lapis Cadbury,”ujarnya.


Mempunyai dua buah restoran, Dayang Sarawak Corner iaitu satu di Putrajaya dan di Ampang dengan hidangan masakan Sarawak. Maka tidak perlu lagi ke Sarawak untuk menikmati Mi Kolok autentik rasa. “Dulu masa mula buka kedai, jam 6 pagi saya sudah ke pasar ditemani suami. Mencari barang basah untuk memasak hingga ke pasar borong, rasa lebih puas,” ujar beliau.
Beliau juga berkongsi tip, setiap apa yang dimasak menggunakan santan , sebaiknya letakkan cili padi dan batangnya supaya santan tidak pecah.


Siamese Kuey Teow Soup
Bahan-bahan:
2kg daging | rebus sampai lembut
4cm halia | dititik
5 biji bawang merah | dicincang halus
Daun bawang | ambil bahagian batang/akar
Fish ball/fish cake
1 sudu makan ikan secukupnyaa
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap manis
Garam
Kiub ayam
Bawang putih-dicincang
1 sudu makan tepung jagung
Kuey teow halus
Cara memasak:
1. Rebus daging bersama halia dan bawang merah.Bila dading empuk, keluarkan dan tos.
2. Masukkan batang atau akar daun bawang dalam air rebusan tadi (boleh masuk berapa banyak ikut cita rasa). Renehkan semula air rebusan hingga batang atau akar daun sup hancur.
3. Letak satu sudu sos tiram, sos ikan, kicap manis dan kiub ayam.
4. Kemudian letakkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah dan garam secukup rasa.
Untuk hiasan:
Daging rebus | dihiris halus
Bawang putih | cincang halus dan goreng menggunakan api kecil
Sayur sawi
Taugeh
Perut lembu | rebus dan hiris kecil
Sambal kicap | cili padi + bawang putih
Gula
Cili padi | hiris
Daun sup/daun bawang| hiris


Tuna Briyani
Bahan-bahan:
4 cawan Beras Basmathi | masak 3/4 masak
1 helai daun bay kering
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 cawan jus lemon
3-4 keping smoked tuna
4 sudu makan yogurt
2 labu bawang besar | warna merah
3 biji tomato | saiz sederhana
3 pokok daun pudina | ambil daun sahaja
1 pokok daun ketumbar | hiris kasar
Pewarna merah/kuning | boleh juga guna safron
Rempah masala
Garam secukup rasa
3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan mentega
3 biji kentang | dibelah empat
Cara memasak:
1. Rebus beras tiga perempat masak dan perasakan dengan sedikit garam. Kemudian tos.
2. Tumbuk halus bawang putih dan halia,bawang besar dan tomato dicincang.
3. Panaskan minyak sapi, letak sedikit mentega agar bau wangi, tumiskan bawang, bawang putih dan halia.
Kemudian letak tomato. Tumis sehingga naik bau dan kelihatan hancur.
4. Masukkan rempah masala. ( khas untuk ikan). Untuk sedap tambah rempah beriani.
5. Masukkan air dan juga jus lemon.
6. Masukkan yogurt.Kemudian masukkan kentang.
7. Akhir sekali letak smoked tuna. Sebagai pilihan boleh letak isi ikan tongkol hitam.
8. Kuah tuna tadi letakkan dalam periuk lain pula, untuk satukannya.
9. Dalam periuk lain, letqkkan kuah tuna untuk lapisan bawah sekali. Kemudian tabur daun mint dan daun ketumbar di atasnya.
10. Lapiskan di atasnya nasi yang 3/4 masak tadi, kemudian letak pewarna atau safron dan taburkan kismis.
11. Ulang proses melapis dengan cara langkah yang sama sekurang kurang dua lapisan. Setiap lapisan letak 2 ketul smoked tuna.
12. Masak lagi sehingga 20 minit.
13. Nasi yang sudah dimasak sedia dihidang bersama Smoked Tuna Briani.
Sotong Sumbat
Bahan-bahan:
2 cawan berat pulut | direndam 4 jam
1 kg sotong
1/2kg santan
4cm halia | dihiris memanjang
4 biji bawang merah | dihiris
1 sudu besar halba
2 sudu makan gula
Cara memasak:
1. Masukkan santan dalam periuk.
2. Masukkan pula halba, halia dan bawang merah.
3. Beras pulut yang telah direndam digaul dengan sedikit garam.
4. Sumbat pulut dalam sotong. Kemudian rebus.
5. Masukkan sotong yang telah disumbat pulut ke dalam santan.
6. Letak gula untuk melemakkan kuah. Masak dengan api sederhana supaya sotong tidak pecah.
Tip: Guna sotong segar jangan yang sejuk beku agar sotong yang dimasak tidak pecah. Isi 3/4 pulut dalam sotong.
Masak 20-25 minit
KLIK DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH.
LIHAT JUGA RESIPI LAIN:
Macam Ni Rupanya Cara Buat Kuah Bakso Asli Indonesia. Memang Padu!
5 Lauk Pauk Raya Dari Bahagian Lain Daging Lembu. Gerenti Sedap.

