Resipi Nasi Impit Goreng Tepung Sedap Untuk Kudapan Anak

Share

Jika ada lebihan nasi impit dan tak tahu nak masak apa, boleh hasilkan Nasi Impit Goreng Tepung ni. Rasanya yang seakan nuget pasti memikat selera si kecil. Sesuai juga dicuba untuk anak-anak yang susah nak makan nasi. 

 

CARA MASAK NASI IMPIT GORENG TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi impit mini | dipotong empat
  • 1 sudu makan serbuk pati ikan bilis

BAHAN TEPUNG CELUPAN:

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung goreng ayam segera
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 cawan air

CARA MEMASAK:

1.Gaul nasi impit bersama serbuk pati ikan bilis hingga rata.

   

2.Satukan kesemua bahan celupan dan bancuh hingga sebati.

3.Ambil nasi impit dan celupkan ke dalam bancuhan tepung tadi.

4.Panaskan minyak dan goreng nasi impit hingga kekuningan.

5.Toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit foto & resipi: Arieza Rieza 

Published by
Nur