Resipi nasi jagung ini boleh jadi pengganti nasi minyak atau nasi beriani kerana hidangan lauknya lebih kurang sama. Boleh dimakan dengan ayam masak merah, daging beriani dan dalca.
Cuma nasi jagung ini lebih ‘berasa’ dan sedap kerana siap dengan butiran jagung sekali. Bagi yang nak cuba membuatnya boleh gunakan resipi perkongsian tukang masak kenduri.
Resipi nasi jagung
Bahan-bahan
10 kg beras (beras basmathi Jasmine pusa cream) -basuh dan toskan
1 1/2 kg minyak jagung untuk menumis
3 tin Susu cair
1 atau 2kg jagung butir (frozen)
Air – sukat sama banyak dengan beras 1:1
Ads
Bahan tumis
3 biji bawang merah
1 labu bawang putih
500g halia
Daun sup
Daun bawang
Rempah 4 sekawan
Cara memasak
1. Dalam periuk, panaskan minyak jagung dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia dimayang. Masukkan sekali daun sup, daun bawang dan rempah 4 sekawan.
2. Selepas tumisan garing masukkan air yang telah disukat. Masak hingga didih kemudian bubuh garam, serbuk perasa dan gula. Kacau.
3. Masukkan sedikit perisa jagung, butir jagung frozen dan susu cair. Kemudian masukkan beras yang telah ditoskan tadi.
4. Kacau nasi hingga air hampir kering seperti gambar di bawah. Tutup periuk dan tindih dgn pemberat. Kecilkan api.
Ads
Jika menggunakan dapur lingkar 4, tutup semua api bahagian dalam dan kecilkan api bahagian luar sekecil-kecilnya. Bermula dari sini set masa 15 – 20 minit barulah buka penutup periuk. Tanak sehingga nasi masak.
Dah siap nasi jagung
Ads
INFO
Sukatan resipi nasi jagung ini untuk 120-130 orang makan.
Kalau sebut nasi briyani pasti tahu lauk gandingan wajib iaitu kurma atau gulai. Ikut cita rasa sendiri samada daging atau ayam.
Resipi perkongsian daripada Nor Shakinah Md Zainal cukup istimewa kerana ini resipi warisan dari ayahnya. Katanya, “Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi. Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap2 dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan.”
1. NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi (basuh toskan) Sedikit daging dan tulang untuk buat stok (daging itu nanti buat kari pulak)
2-3 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5-6 biji buah keras
*Separuh dihiris separuh diblend
3 helai daun pandan
Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih utk tumisan
Masukkn bahan tumisan, bawang putih & bawang merah yang hiris.
Sudah garing masukkan tulang dan daging. Kacau sekejap baru masukkan air dan biar sampai mendidih untuk ambil stok daging.
Selepas itu angkat daging dan tulang itu ketepikan. Masukkan bahan kisar dan biar reneh sekejap.
Masukkan rempah beriyani. Biar memekat.
Masukkan tomato puri tomato sup gula batu dan oren Sunquick.
Nampaksudah masak cantik masukkan air. Sudah menggelegak masukkan beras dan susu cair.
Masukkan jagung dan kismis. Periksa kalau air kurang tambahkan sedikit air.
Hendak masukkan dalam rice cooker pun boleh lagi senang. Tanak sehingga nasi masak. Bahan2 tu sahabat2 blh la agak2 ye… Sbb biasa ayah saya masak untuk ramai orang.
2.GULAI DAGING/KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging + tulang basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
2 kuntum Bunga lawang
4 Buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
Daun kari
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
5biji buah keras
Sedikit halia
Kentang atau rebung atau betik ikut suka la nk letak apa
2 senduk sederhana serbuk kari daging bancuh dgn sedikit air.. Jadikan pes
Santan dari 1 biji kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perisa kalau guna.. Biasa ayah saya guna hilal
Sedikit gula dlm 1 sudu teh
1 senduk kerisik
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan bahan tumis.
Masukkan serbuk kari sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar dan reneh lagi sampai masak.
Masukkan daging dan tulang. Kacau sampai daging kecut.
Masukkan air. Masak sampai daging empok.
Sudah empuk daging masukkan kentang/rebung.
Seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan perisa. Siap.
3.KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
8 biji kentang | belah empat
2 senduk sederhana serbuk kurma-bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes
1 biji santan kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Sedikit gula
1 senduk kerisik
4 biji cili merah dan hijau-belah 2
3 biji bawang besar-belah 4
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan semua bahan tumis. Masukkan serbuk kurma dan biar sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar. Reneh lagi sampai masak.
Selepas itu masukkan daging. Kacau sampai daging kecut.
Kemudian masukkan air. Masak sampai daging separuh empuk.
Masukkan kentang/rebung seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijua dan bawang. Masak dalam 3-5 minit.
Menu sampingan yang ringkas dan sedap, rasa pedas lemak untuk idea menu berbuka, melengkapkan hidangan makanan di meja utama. Sedap juga makan begitu sebagai snek ringkas.
TEMPE TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
1 ulas bawang putih – cicang halus
2 tangkai cili kering – potong kecik2 atau boleh tukar cili padi
2 tangkai daun kari
Sepeket tempe – goreng tanpa garam
2 sudu makan susu cair
1 biji telur masin- untuk sepeket tempe
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan telur masin yang siap direbus. Boleh guna kuning telur sahaja dan kalau tidak mahu membazir boleh guna putih telur sekali.
2. Panaskan satu sudu mentega atau boleh gunakan minyak.
3. Masukkan cili kering, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan telur masin yang sudah dihancurkan tadi dan susu cair. Terpulang pada citarasa anda jika hendak rasa leboh krim boleh lebihkan.
5. Akhir sekali masukkan tempe yang sudah digoreng.
Petang-petang kalau makan bebola ubi keledek memang nikmat. Nak pulak dapat makan panas-panas.
Bebola keledek daripada Farisha Sofea ni memang super sedap nih. Guna dua jenis tepung beras dan tepung pulut. Paling sedap ubinya guna dua cawan. Ada pulak santan pekat perggh..memang berbaloi masak bebola ubi keledek gayanya
BEBOLA UBI KELEDEK
.
BAHAN-BAHAN :
2 cawan ubi keledek ( dah direbus dan dilenyek ) – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1. Satukan ubi keledek bersama garam dan gula . 2. Untuk versi baby , boleh asingkan sedikit adunan dan masukkan puri kurma / madu ( 1 tahun ke atas ) sebagai pengganti gula . kacau sebati . 3. Masukkan pula tepung beras dan tepung pulut . 4. Gaul adunan sambil ditambahkan santan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh . 5. Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bebola dengan kemas . 6. Ulang proses sehingga selesai . 7. Sementara itu panaskan minyak menggunakan api sederhana . 8. Setelah siap dibentuk , gorengkan bebola tersebut sehingga kekuningan . 9. Angkat dan toskan . 10. Siap , sedia dihidang !
FB : Farisha Sofea IG : _farisha_sofea
INGIN MENCARI AIR FRYER TERKINI, BELI ONLINE DI SINI.