Untitled design - 2021-01-04T153709.070

Hari ini kita masak yang istimewa untuk anak anak dan keluarga. Nasi Dhal ni aromanya bila masak memang menyelerakan. Kacang dhal perlulah direndam hingga kembang dan rebus hingga empuk sebelum dimasukkan ke dalam nasi.Tidak lengkap makan nasi ini tanpa gulai kurma daging. Masak secara tumis darat memang tidak menjemukan.

NASI KACANG DHAL/PARPU
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi ~ rendam paling kurang 4 jam
4 cawan air
1/2 cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan kacang dhal ~ rendam hingga kembang dan rebus hingga empuk
1/2 batang lobak merah ~ cincang halus
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
1 batang serai ~ diketuk
2 helai daun salam / daun pandan
Rempah tumis 4 sekawan
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
biji pelaga
sedikit minyak jagung-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Panaskan dua sudu makan minyak sapi dalam periuk nasi.
2.Bila dah panas, tumiskan rempah tumis 4 sekawan, serai, daun salam, bahan hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai naik bau dan harum
3.Kemudian masukkan air secukup untuk tanak nasi.
4.Masukkan susu cair.
5.Masukkan garam secukup rasa.
6.Masukkan kacang dal dan lobak merah.
7.Kemudian masukkan beras.Tanak nasi seperti biasa hingga masak.Bila dah masak gemburkan nasi , tutup periuk dan masak semula.
8.Siap untuk dihidang.

KURMA DAGING TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk daging batang pinang dipotong dadu sebesar ibu jari
1 mangkuk santan
bahan perasa gula & garam
1 keping asam keping

Bahan kisar:
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu rempah kari daging-BELI ONLINE DI SINI
1 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 sudu besar kelapa parut
5 batang cili padi
1 ketul buah pelaga
1/2 sudu kecil lada hitam
sedikit air

Bahan racik:
2 biji kentang belah 4
1 biji bawang besar
1 biji tomato
hirisan daun bawang

IKLAN

Bahan tumis darat:
daun kari
daun pandan
sedikit halba campur, biji sawi dan jintan manis
2 biji bawang putih hiris halus
3 biji bawang merah hiris halus

CARA MEMASAK:
1.Kisar lumat bahan-bahan kisar.
2.Masukkan daging ke dalam periuk
3.Masukkan bahan kisar.
4.Masukkan kentang.
5.Masukkan air dan rebus sehingga daging dan kentang lembut dan empuk.
5.Masukkan asam keping
6.Masukkan santan
7.Sesuaikan rasa dengan garam gula dan serbuk perasa.
8.Renehkan sehingga kuah agak pekat
9.Kemudian masukkan belahan bawang besar dan tomato
10.Tutup api dan biarkan sebentar.
11.Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis darat.
12.Agak dah sedikit garing dan naik bau terus tuangkan ke dalam periuk kurma tadi dan tutup periuk.
13.Terakhir tabur daun bawang.

Kredit: Rozel Linda

IKLAN

INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES,BOLEH BELI DI SINI.

Set Nasi Udang Kunyit, Daging Tumis Kerisik & Udang Masak Jintan, Mantap.

Resipi Nasi Briyani Simple & Daging Masak Kandar. Hidangan Untuk 7-8 Orang Makan

IKLAN

Cara Hasilkan Rempah Nasi Komok Homemade. Resipi Ori Dari Thailand

Menu Special’ Kambing Varuval, Untuk Sajian Deepavali.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI