Resipi Nasi Kerabu Budu Tumis.

Share

Sajian tradisi negeri Kelantan. Nasi yang dilengkapi dengan hirisan ulam-ulaman, sambal kelapa dan tumis budu. Enak dinikmati bersama ikan goreng dan juga daging bakar.

 

BAHAN-BAHAN

  • 300gm beras Basmathi | dibasuh dan tos
  • 300ml air
  • 1 sudu teh pewarna biru

BAHAN SAMBAL KELAPA:

  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 biji kelapa parut disangai
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 2 ekor ikan kembung | direbus dan disiat
  • 2 batang serai | dihiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN TUMIS BUDU:

  • 5 biji bawang merah
  • 1cm halia
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili padi
  • 2 sudu makan budu
  • 100ml santan
  • 1 keping asam gelugur

BAHAN ULAM:

  • 1 batang timun | dibuang biji
  • 2 tangkai kacang botor
  • 4 tangkai pegaga
  • 1 tangkai bunga kantan
  • Segenggam tauge

 

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan periuk yang sesuai dan tanak nasi. Apabila nasi mula kering, masukkan pewarna biru dan gembur-gemburkan
    sehingga sekata. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian sediakan lesung batu, tumbuk semua bahan serunding kelapa sehingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  3. Seterusnya panaskan kuali dan masukkan semua bahan sambal budu dan reneh dengan api kecil hingga mendidih. Padamkan api.
  4. Untuk menyediakan ulam, hiris semua bahan dan satukan.
  5. Hidangkan nasi bersama serunding kelapa,sambal budu,ulam,telur masin dan ikan goreng tepung.
Published by
Nur