Resipi Nasi Limau Purut, Kena Cuba Kalau Tak Pernah Rasa.

Share

Jarang dengar resipi nasi limau purut, tetapi jika kamu jenis yang suke mencuba resipi-resipi baru boleh mencuba resipi yang dikongsikan oleh Zilareseipe ni. Nampak sanagt menarik, mesti wangi dan lazat!

 

RESIPI NASI LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan margerin
  • 1.5 cm halia | kupas dan hiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 4 ulas bawang merah | dihiris
  • 1 batang serai | dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa
  • 500 ml air
  • 125 ml pati santan
  • 1 sudu makan stock ayam
  • 2 cawan beras Basmathi | di cuci bersih dan toskan airnya
  • 4 titik pewarna hijau

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan Margerin di dalam periuk
  2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
  3. Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
  4. Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
  5. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
  6. Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
  7. Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya

Kredit resipi: zilareceipe

Published by
Mastura Abu Kassim