Resipi Nasi Minyak Hujan Panas Sedap, Bersama Acar Nenas & Khemok Daging

Share

Biasanya kita akan jumpa menu nasi minyak hujan panas ni pada majlis kenduri saja. Ditambah pula dengan lauk ayam goreng, khemok daging dan acar nenas, memang padu.

Menerusi perkongsian resipi daripada Muliadi Ramli ini, memang senang cara membuatnya.

 

NASI MINYAK HUJAN PANAS

BAHAN NASI:

Beras Basmathi Jasmin Parboil 6 pot (1.2 kg ++, direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air)

TONTON Macaron Teh Tarik | Dapur Rasa Live

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live

UNTUK TUMISAN:

Rempah 4 sekawan
1 biji bawang besar | dimayang – beli online di sini
2 ulas bawang putih | dimayang – beli online di sini
4 helai daun pandan | disimpul
Minyak masak – beli online di sini
Minyak sapi
1 batang serai (optional)
2 kotak kismis hitam
½ tin susu cair – beli online di sini
4 sudu besar sos tomato del monte


Garam
1 sudu besar pewarna kuning telur
1 sudu besar pewarna merah
2 inci halia | dihiris nipis/diketuk
1 kiub pati ayam
Daun ketumbar (saya tak letak sebab kehabisan stok)

CARA MASAK:

1. Panaskan periuk elektrik. Masuk minyak masak dan minyak sapi. Tumis sampai naik baunya. Masukkan semua bahan tumis sampai wangi.
2. Masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras. Bila air dah mendidih, masukkan beras yang ditoskan. Gaul rata.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masukkan air. Kalau beras jasmin parboil ni yang telah direndam, sukatan air dengan beras, air paras-paras beras sahaj (ukuran air dengan beras dalam periuk)
4. Masuk halia, susu cair, sos tomato dan kiub ayam, kacau rata. Bila dah masak nasi tu, masukkan biji kismis.
5. Bila nasi dah kering, buat lubang kat nasi tu. Masukkan pewarna, biarkan lagi 20 minit. Balik-balikkan nasi tadi. Tunggu 15 minit lagi untuk nasi masak dan kering sepenuhnya. Siap.

BAHAN KHEMOK DAGING

1kg daging
1kg daging tulang

BAHAN PERAPAN DAGING:

2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 cawan bawang goreng
*kisar halus semua bahan perapan daging

5 sudu besar rempah khemok (beli yang timbang)
1 sudu besar rempah masak cap bunga ros
1 sudu besar rempah gulai
4 sudu besar sos tomato del monte


½ tin susu cair
4 biji badam | disangai & ditumbuk halus, masuk dalam perapan daging tujuan bagi rasa lemak pada kuah

*semua bahan di atas disatukan dan diperap dengan daging dalam 30 minit.

½ tin susu susu cair
Gula melaka
Garam secukup rasa

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

BAHAN TUMISAN:

1 biji bawang besar | dimayang
2 helai daun pandan | disimpul
Rempah 4 sekawan
4 sudu besar cili boh


2 batang serai | diketuk (optional, kalau tak suka tak perlu letak)
Minyak masak
2 biji kentang | dipotong

CARA MASAK:

1. Tumiskan bahan tumisan hingga wangi dan sampai pecah minyak. Masukkan daging yang diperap tadi. Tutup periuk. Biar keluar semua air daging dan rempah sebati.
2. Masukkan 3 cawan air. Renehkan daging dengan api sederhana. Masukkan gula melaka, garam secukup rasa.
3. Masak sampai daging empuk. Jika daging belum empuk, tambah air dan susu cair. Masak sampai kuahnya jadi pekat (boleh tambah air jika terlalu pekat). Siap untuk dihidangkan.

 

BAHAN ACAR NENAS:

1 biji nenas | dikupas kulit & dipotong nipis
½ keping gula melaka
4 sudu besar cuka makan
1 cawan air
3 sudu besar cili boh
Garam secukup rasa

CARA-CARA:

1. Masukkan cili boh kacau dengan api perlahan. Masukkan air sampai mendidih.
2. Masukkan gula melaka. Bila pekat sikit, masukkan cuka dan garam. Tutup api. Bila dah sejuk masukkan nenas. Siap.

BAHAN SAMBAL BELACAN

*4 biji cili besar merah
*20 biji cili padi
*Belacan sebesar ibu jari (dibakar biar wangi)
*1 biji limau kasturi (dibuang biji)
*Garam
*Gula
*½ sudu pes asam jawa
1 biji limau nipis

CARA-CARA:

Bahan bertanda * dikisar. Air sedang-sedang saja. Jangan terlalu sedikit atau banyak dan jangan kisar terlalu halus. Keluarkan dan perah limau nipis. Rasa secukup rasa. Siap.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff