Nasi minyak hujan panas sedap dimakan dengan ayam masak merah. Namun, pernah tak dengar ada yang kata nasi minyak yang sedap adalah nasi minyak yang boleh dimakan begitu sahaja. Maknanya nasi minyak itu sendiri sudah cukup lengkap rasanya.
Kali ini, RASA kongsikan resipi daripada Hidayati Hana yang memberikan resipi nasi minyak hujan panas dengan cara ringkas. Sesuai kalau ada yang baru-baru nak belajar masak nasi minyak. Senang sangat.
NASI MINYAK HUJAN PANAS SIMPLE
IKLAN
BAHAN-BAHAN
3 cawan beras basmathi
2 sudu besar mentega (minyak sapi pun boleh)
1 biji bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
Rempah tiga sekawan (kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga)
2 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Pewarna kuning, hijau dan merah
Kismis
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Rendam beras selama 30 minit dan toskan airnya. Masukkan beras dalam periuk. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan mentega. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar.
3. Masukkan rempah tiga sekawan dan daun pandan.
4. Apabila bawang sudah garing, masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam. Matikan api.
5. Masukkan bahan tumisan ini semua dalam periuk nasi. Hidupkan api atau rice cooker.
6. Biarkan nasi masak. Apabila nasi sudah kering, titikkan pewarna. Tabur kismis dan bawang goreng.
7. Biarkan 5 minit. Kemudian baru gembur-gemburkan nasi dengan garpu supaya nasi tidak patah.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nasi Ayam Thai. Resipi yang pernah hangat tular di grup-grup masakan di laman sosial pada suatu ketika dahulu. Berbeza dengan nasi ayam yang biasa kita makan, resipi ini jauh lebih mudah, ringkas dan tidak renyah. Sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Jom kita cuba resipi perkongsian saudara Shahril Romli ini. Anda pasti suka akan hasilnya.
CARA MASAK NASI AYAM THAI PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Isi dada ayam
Akar ketumbar
Hirisan halia secukupnya
Air secukupnya – anggaran air yang biasa digunakan untuk memasak nasi
Kiub pati ayam secukupnya
3 cawan beras – dibersihkan dan ditos
BAHAN SOS NASI AYAM THAI RINGKAS:
Sos cili thai maggi
1 sudu kicap pekat
Sedikit perahan jus limau nipis
Sedikit air jika perlu
Cili merah | dihiris – boleh guna cili padi kalau mahu lebih pedas
CARA MEMASAK:
Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.
2. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.
4. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit jus perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili.
5. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba!
Nota: Jumlah bahan-bahan dalam resipi ini boleh diubah suai dan dipadankan dengan selera masing-masing.
Ramai suka nasi goreng, dan nasi goreng itu sendiri pelbagai jenis. Dalam banyak-banyak jenis itu, mungkin Nasi Goreng Cili Kering yang dikongsikan ini, boleh membangkitkan selera bersahur anda seisi keluarga. Silap-silap bila jiran sebelah tercium bau pun teringin. Bagi anda yang ingin mencuba, ini resipinya. NASI GORENG CILI KERING BAHAN-BAHAN: Segenggam ikan bilis 6 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 10 tangkai cili kering | telah direbus) 2 biji telur Semangguk nasi Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, cili kering dan ikan bilis.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
Kemudian masukkan telur. Gaul sebati hingga telur masak.
Masukkan nasi yang telah digembur-gembur. Gaul sebati.
Memang tak pernah jemu makan nasi goreng. Nasi goreng ni adalah antara menu yang boleh dimakan pada bila-bila masa. Pagi atau malam, boleh je makan nasi goreng. Nak buat pun senang. Tapi, kena ingat. Nasi goreng kena dimasak sedap barulah best nak dimakan. Cara tumisnya, cara menggoreng. Dan paling penting tekstur nasi itu pun memainkan peranan. Jangan masak lembik sangat, nanti tak sedap nak digoreng. RASA kongsikan resipi nasi goreng kampung yang simple tapi cukup lengkap cita rasanya.
NASI GORENG KAMPUNG SIMPLE
Sedapnya makan nasi goreng..
BAHAN KISAR
• 1 biji cili merah
• 5 biji cili padi hijau
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas kecil bawang putih
• 1 inci belacan
BAHAN LAIN
• segenggam ikan bilis (digoreng asing)
• 1 biji telur ayam
• semangkuk nasi
• sayur sawi
• garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak goreng ikan bilis tadi, tumis Bahan Kisar.
3. Masukkan telur ayam. Kacau rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan nasi. Gaul rata.
5. Masukkan sayur. Gaul lagi.
6. Masukkan garam dan gaul lagi sampai rata semuanya. Matikan api.
7. Taburkan ikan bilis yang sudah digoreng asing tadi. Sedia dihidang.