Nasi Pandan Kismis Mentega ni sangat sesuai dihidangkan kepada para tetamu yang datang ke rumah pada Hari Raya ini. Aroma pandan serta mentega yang memikat selera pasti buat anda tak jemu menikmatinya. Tambahan pula makan bersama Ayam Masak Merah, memang ngam! Untuk nasi lebih sedap, gunakan Anchor Unsalted Butter. Mentega ini merupakan 100% mentega tulen New Zealand. Wajib guna dalam nasi kita. Cubalah nanti. Confirm anak-anak pun suka.Resipi Nasi Pandan Kismis Mentega Yang Tak Jemu Dimakan

NASI PANDAN KISMIS MENTEGA

Resipi Nasi Pandan Kismis Mentega Yang Tak Jemu Dimakan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras basmathi – cuci bersih
  • 2 cawan air perahan daun pandan
  • 200ml Anchor Cooking Cream
  • 125gram Anchor Unsalted Butter
  • 30gram kismis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu teh garam

Cara Memasak:

  1. Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bunga lawang dan hirisan bawang hingga wangi.
  2. Tuang bahan tumisan ke dalam periuk nasi. Masukkan air perahan pandan, Anchor Cooking Cream, beras dan garam. Kacau rata lalu didihkan hingga nasi masak.
  3. Apabila bahan cecair telah sejat, masukkan kismis lalu gaul rata.
  4. Tabur lebihan kismis di atas nasi. Hidangkan bersama lauk pilihan.

 

 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Ads

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI