Resipi Nasi Ulam Kampung Terlajak Sedap, Mudah Je Caranya

Share

Bila tiba bulan puasa, memang sedap berbuka dengan menu Nasi Ulam. Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman kampung serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan. Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Nak lagi sedap, guna banyak ulam-ulaman yang berbau wangi. Memang lagi berselera. Terasa hasilkan menu ini untuk keluarga? Resipi Nasi Ulam perkongsian saudari Zurida Hassan ni antara yang terbaik yang boleh dicuba.

 

CARA MASAK NASI ULAM KAMPUNG SEDAP UNTUK BERBUKA PUASA

BAHAN-BAHAN:
Nasi
Serai – hiris nipis
Halia
Lengkuas
Cili padi
Bawang merah – mayang halus
Kerisik secukupnyabeli online disini
Ikan masin (boleh guna ikan talang, tenggiri & gelama) – goreng dan tumbuk beli online disini
Lada hitam – tumbuk beli online disini
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN DAUN ULAM:

Daun mengkudu
Putat
Selom
Sekentut
Bebuas
Tebengau
Beluntas
Janggus
Pucuk kari
Daun kesum
Peria pantai
Kaduk
Bunga kantan

CARA MEMASAK:
1.Satukan ulam-ulaman dan hiris halus. Ketepikan.


2. Serai, halia dan lengkuas dikisar kering atau ditumbuk lumat. Jika suka pedas, boleh hiris nipis cili padi mengikut kepedasan yang disukai.


3. Dalam bekas berisi ulam yang dihiris, masukkan bawang merah dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi

. Gaul rata.


4. Kemudian masukkan kerisik dan ikan masin yang sudah digoreng dan ditumbuk halus. (boleh guna ikan talang, tenggiri atau gelama

masin)


5. Gaul hingga sebati.


6. Masukkan nasi ke dalam bekas bersesuaian. Masukkan serbuk lada hitam dengan secukupnya.


7. Tambahkan bahan-bahan ulam yang telah digaul tadi dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya.


8. Nasi Ulam sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama Sayur Keladi.


9. Jika suka, boleh juga nikmati bersama telur masin.

Kredit resipi & foto: Zurida Hassan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur