Kopi adalah minuman kegemaran ramai orang. Mereka yang mengamalkan diet juga sudah semestinya tidak boleh meninggalkan kegemaran untuk minum kopi. Senang cakap, ngopi sudah jadi gaya hidup masyarakat kita sejak dulu lagi. Mana boleh tinggal!
Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi membancuh kopi bagi individu yang mengamalkan intermittent fasting (IF). Maksud IF adalah berpuasa bagi tempoh tertentu. Tempoh biasa bagi IF adalah 16 jam waktu puasa dan lapan jam tempoh untuk makan.
Resipi ini, RASA dapatkan daripada seorang pengamal IF yang hanya mahu dikenali sebagai Suhaila. Individu ini memulakan IF selama tempoh 12 jam terlebih dahulu bagi membiasakan diri.
Ads
“Selepas buat IF selama 12 jam, kemudian bolehlah tingkatkan kepada 14 jam dan seterusnya 16 jam. IF bantu perut berehat daripada sebarang aktiviti cerna makanan. Badan belajar untuk terima makanan pada waktu tertentu saja. Lagi satu, IF juga bantu kita kurang ambil gula,” kata Suhaila.
FASTING WINDOW & EATING WINDOW
Bagi pengamal IF, ada dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu waktu puasa (fasting window) dan waktu makan (eating window). Ketika fasting window, pengamal IF tidak boleh ambil sebarang makanan namun masih boleh minum. Pun begitu, minuman yang dibenarkan hanyalah minuman kosong tanpa gula.
“Pengamal IF masih boleh minum sewaktu fasting window tetapi terhad kepada minuman tanpa sebarang campuran gula yang akan menggagalkan misi. Pengamal boleh makan pada eating window dan perlu berhenti sebelum masuk fasting window berikutnya. Jadi, badan masih punya tenaga. Yang menariknya sewaktu IF, kita masih boleh minum sebarang air tanpa gula seperti kopi o kosong, teh hijau dan teh o kosong. Makanan sahaja yang akan membatalkan IF,” tambah Suhaila.
MANFAAT SANTAN DALAM KOPI
Lazimnya, kita membancuh kopi menggunakan susu pekat manis. Namun, bagi pengamal IF, susu digantikan dengan santan. Menurut Suhaila, susu segar atau susu pekat manis ada kandungan gula yang tinggi. Dalam diet IF, pengamal memang cuba elakkan gula kerana tanpa pengambilan gula sekalipun, tenaga dijana menggunakan lemak dalam badan.
Santan mengandungi vitamin C, B dan E. Gabungan kopi dan santan juga merupakan antioksidan yang baik selain kaya dengan zat besi dan magnesium. Sesuai sebagai booster harian dan meningkatkan metabolisme tubuh.
“Saya menggunakan Nescafe Gold dalam rutin pengambilan kopi. Sekiranya ingin menggunakan kopi lain, kena lihat kepada kandungannya juga sama ada mengandungi gula atau marjerin. Sekiranya ada kandungan dua bahan tersebut, ia kurang sesuai. Bagi pengamal IF dan Lazy Keto, kebanyakannya akan memastikan makanan dan minuman yang diambil adalah lulus Keto,” ujarnya.
TURUN 12 KG AMALKAN IF
Sekadar berkongsi pengalaman, Suhaila pernah turun sebagai 12 kilogram iaitu dari 84 kilogram kepada 72 kilogram selepas mengamalkan IF. Mula amalkan IF pada Disember 2019. Namun Suhaila akui dia sendiri agak sukar untuk berpantang makan ikut saranan IF seperti menjauhi gula, makanan manis dan minuman manis. Alasannya, suka makan sedap. Pun begitu, ketika betul-betul patuh pada peraturan IF, Suhaila dapat merasai manfaatnya.
“Perubahan ketara adalah seperti pergerakan solat lebih mudah dan tak cepat penat. Saya dah mula boleh beraktiviti seperti hiking yang menjadi aktiviti kegemaran. Saya mula join group IF apabila susah nak duduk antara dua sujud. Kaki tak boleh nak lipat sebab berat badan berlebihan. Kemudian, nak kurangkan pengambilan ubat sebab tekanan darah tinggi. Doktor sarankan untuk turunkan berat badan atas faktor kesihatan. Sihat itu target pertama. Kurus dan cantik itu bonus. Sebab lain adalah berjaga-jaga dengan kadar gula dalam darah sebab ada keturunan yang mempunyai penyakit kencing manis,” ujar Suhaila lagi menutup bicara.
NESCAFE SANTAN GAYA IF
Ads
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil Nescafe Gold
4 sudu besar santan (santan kotak)
250 ml air panas
Secubit garam
CARA MEMBUAT
1. Dalam cawan, masukkan Nescafe Gold
2. Masukkan santan. Kacau seketika.
3. Tuangkan air panas. Kacau lagi.
4. Masukkan garam. Kacau.
5. Sedia dinikmati.
Ads
Tip: Jika mahu lebih lemak, tambah 1 sudu besar santan lagi. Kalau suka manis, tambah stevia.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sedapnya tengok Nescafe Ais, Milo Ais Kaw, Kopi Ais Kaw dan Teh Ais perkongsian saudari Miz Juejue ni. Siap ikat tepi! Sebijik macam air order dekat kedai mamak. Musim PKP ni ramai ibu-ibu yang jadi lebih kreatif. Maklumlah, kalau asyik yang sama je, bosan juga kan? Jam cuba resipi-resipi air yang dikongsi ni. Nampak memikat betul!
RESIPI NESCAFE AIS, MILO AIS KAW, KOPI AIS KAW DAN TEH AIS
IKAT TEPI PALING SEDAP
1. NESCAFE AIS KAW
BAHAN-BAHAN: 3 sudu teh Nescafe – beli online disini Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai – beli online disini 1/2 gelas air – jangan banyak nanti tidak kaw Sedikit susu cair – jika suka – beli online disini Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1. Satukan kesemua bahan di dalam cawan. Kacau hingga larut. 2. Masukkan ais ke dalam plastik dan tuang bancuhan nescafe tadi. 3. Jika suka, boleh masukkan sedikit susu cair. Jika tidak, boleh abaikan.
2. MILO AIS KAW
BAHAN-BAHAN: 4 sudu milo – beli online disini Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai – beli online disini 1/2 gelas air – jangan banyak nanti tidak kaw Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1. Satukan kesemua bahan di dalam cawan. Kacau hingga larut. 2. Masukkan ais ke dalam plastik dan tuang bancuhan milo tadi. 3. Jika suka, boleh tambahkan susu cair atau susu segar. Nanti rasanya seakan susu kotak. 4. Jika nak buat Neslo, boleh tambah 2 sudu nescafe dan 3 sudu milo.
3. KOPI AIS KAW
BAHAN-BAHAN:
2-3 sudu serbuk kopi (empunya resipi guna serbuk kopi cap gantang) – beli online disini Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai – beli online disini Air panas secukupnya Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1.Rendam serbuk kopi dalam air panas secukupnya hingga nampak pekat. Tapis. 2. Masukkan susu pekat manis ikut cita rasa masing-masing. 3. Jika kopi terlampau pekat, boleh tambah air suam. 4. Tambahkan susu cair jika suka. 5. Masukkan ais ke dalam plastic, tuang bancuhan kopi dan sedia untuk dinikmati.
CARA MEMBUAT: 1.Rebus air dalam periuk hingga mendidih. 2. Masukkan serbuk treh. Biarkan mendidih seminit dua kemudian tapis (empunya resipi tapis guna penapis kain) 3. Tambahkan susu pekat manis, susu cair dan juga garam. Sebatikan. Jika mahu rasa lebih lemak, boleh lebihkan susu cair. 4. Tambah ais dan sedia untuk dinikmati.
Bagi penggemar kopi tentu Kopi Latte menjadi kegemaran bukan? Rasa tidak lengkap perjalanan kehidupan seharian tanpa menghirup secawab Kopi Latte. Terasa begitu nikmat dan bersemangat untuk memulakan hari. Sebenarnya senang sahaja hendak buat Kopi Latte. Madihah Hamid ada kongsikan resipi buat Kopi Latte Ala Kampung. Jom kita cuba buat!
Cara buat puding koktel ini mungkin banyak prosesnya tapi tengoklah hasilnya cantik sangat.Rasanya jangan bimbang memang sedap. Bagi memastikan puding sebegini kejadiannya pastikan ikut...