Kanak-kanak memang suka makan nugetayam. Jika anak-anak anda pun begitu, anda patut cuba resipi Nuget Ayam Homemade ni. Bukan apa, kebanyakan nuget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi. Sangat tidak bagus untuk kesihatan. Bila buat sendiri, pastinya lebih sihat, kebersihan terjamin malah lebih sedap.
RESIPI NUGET AYAM KENTANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 keping dada ayam – kisar tanpa air
2 biji telur ayam
2 sudu makan tepung ubi kayu
4 biji kentang sederhana – rebus, lenyek
1/2 batang lobak merah – sagat. nak letak sayur lain pun boleh
1 sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
BAHAN SALUTAN TEMPURA:
Tepung beras secukupnya – boleh juga salut dengan tepung kfc/bestari. Nak salut guna serbuk roti pun boleh.
Telur – dipukul sedikit
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas dan adunan hingga sebati.
Ads
2. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
3. Bila adunan dah masak, keluarkan dan potong ikut bentuk yang disukai.
4. Sediakan bahan-bahn untuk salutan.
5. Ambil kepingan nugget ayam kemudian celup dalam bancuhan telur. Kemudian salut pula dengan tepung atau serbuk roti.
Ads
6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing keemasan.
7. Sedia untuk dinikmati.
Ads
8. Jika ada lebihan, boleh goreng separuh masak, sejukkan, simpan dalam bekas dan sejukbekukan.
Anak-anak anda gemar ayam goreng? Dapat yang garing memang layan habis! Tapi kalau beli dari restoran makanan segera, harganya memang mahal. Makan pun tak puas. Jika ramai, sangat tak berbaloi jika beli. Nah, cuba resipi bancuhan tepung ayam goreng perkongsian saudari Cik Zana II ni. Boleh buat sendiri. Lagi jimat dan boleh makan banyak-banyak.
AYAM RANGUP KRUKKK KRAKKK!!
BAHAN-BAHAN ( untuk 1 ekor ayam)
3 cawan tepung gandum
3 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan rempah kari
Cili padi kisar ( jika nak pedas)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan diatas. Gaul sebati.
Bahagikan tepung kepada dua bahagian. 1 bahagian tepung dibancuh dengan air. Jangan buat terlalu cair. Jika guna tepung pekat, ayam lagi rangup.
Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung basah. Jangan perap lama kerana nanti keras.
Kemudian gaulkan dalam tepung kering hingga rata.
Panaskan minyak guna api sederhana. Goreng hingga masak.
Lauk paling sempoi serta masam dan manis sesuai dengan selera satu keluarga. Sangat mudah ayam digoreng garing, tumis bahan-bahan dihiris, kacau sebati dengan sos cili dan sos tiram.
Memang tak jemu makan, sajian tanpa santan yang cukup sedap .
AYAM MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
Seekor ayam
3 ulas bawang merah sebesar penumbuk bayi
1 labu bawang putih (kalau tidak suka letak sedikit sahaja)
2 inci halia (letak seinci pun boleh mengikut selera)
2 sudu makan sos tiram
Secawan sos cili (agak-agak ikut citarasa anda)
Cili besar dan bawang Holland untuk hiasan
Secawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Perap ayam dengan garam kunyit selama 15-30 minit 2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. 3. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang semuanya dimayang sahaja dalam minyak gorengan ayam.
4. Setelah naik bau boleh masukkan sos tiram dan Sos cili. Diikuti dengan secawan air.
5. Gaul sebati tunggu sampai menggelegak.
6. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. 7. Dengan api sederhana, sesekali kacau ayam supaya tidak hangit bahagian bawah.
8. Bila kuah sudah kering, masukkan garam dan gaul rata. Kemudian masukkan cili hijau dan bawang Holland.
9. Bila cili dan bawang sudah layu matikan api. Siap.
INFO: Jika suka boleh tambahkan air asam jawa.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG TERBAIK DENGAN TAWARAN MENARIK. JOM LAYARI DI SINI.
Mak-mak pening kepala, anak tak reti jemu dengan menu ayam, sampai tak ada idea nak masak apa dengan ayam di hari cuti hujung minggu ni. Jangan risau, RASA kongsikan lagi lima menu ayam yang gerenti jilat jari makan. Semuanya sedap dan mudah je nak masak, pilih je mana satu yang berkenan di hati, atau masukkan semua dalam senarai menu harian anda semua.
AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM JINTAN BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji bawang besar | hiris
5 batang serai | titik
3 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
2 keping asam gelugor
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR KASAR:
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar biji
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar bersama dengan serai hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Kacau rata.
Apabila timbul minyak, masukkan bahan sangai yang dikisar kasar tadi.
Seketika kemudian masukkan ayam pula, kacau hingga ayam kecut.
Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugor.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Apabila kuah kering dan timbul minyak. Tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
2 batang bunga kantan | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 batang serai | hiris halus
8 biji cili padi | hiris halus
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
Tutup api, hidangkan panas-panas.
AYAM TUMIS SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm kepak ayam | cuci bersih dan tos
4 batang serai | titik kasar
1 biji bawang besar | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus
6 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata, setelah ayam kecut, masukkan serbuk kunyit dan hirisan cili.
Tambahkan sedikit air dan masukkan jus limau nipis. Biarkan mereneh seketika.
Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan panas-panas.
AYAM PERCIK DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
500ml santan pekat
Daun pegaga secukupnya
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3cm halia muda
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.