Resipi Nugget Homemade Sedap Boleh Buat Guna Lebihan Nasi Sejuk.

Share

Kadang-kadang nasi putih yang dimasak tak habis dimakan. Nak simpan dalam peti sejuk pula terlalu sikit. Jadi anda boleh buat nugget ayam hoemmade ni. Sedap & pasti tak membazir.

 

NUGGET AYAM HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan nasi sejuk
  • 2-3 keping isi ayam dicincang – lebih banyak lebih sedap
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 kiub pati ayam – boleh hancurkan sedikit dengan air panas
  • Sedikit air – untuk mengisar

BAHAN SALUTAN:

  • 2 biji telur
  • Serbuk roti

CARA MEMASAK:

1. Kisar semua bahan dengan sedikita air. Jangan letak air banyak nanti adunan jadi lembik.

 

2. Kisar sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan dalam bekas bersesuaian.

3. Ambil bekas tahan panas atau loyang. Sapukan sedikit minyak.

4. Tuang adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. Angkat dan sejukkan. Setelah sejuk, potong kecil.

5. Celup kepingan nugget tadi dalam bancuhan telur dan salut dengan serbuk roti.

6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Jika nak sejukbekukan, hanya simpan terus dalam bekas tanpa perlu goreng.

Kredit resipi & foto: Faeila Ila

Published by
Nur