Jika anda sedang mencari menu yang sihat dan berkhasiat untuk anak-anak, boleh cuba resipi Nugget Tempe Mozzarella ni. Anak-anak pasti suka kerana rasanya sama saja seperti nugget biasa. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano untuk meningkatkan rasa dalam masakan. Jom cuba!
NUGGET TEMPE MOZZARELLA
BAHAN-BAHAN:
- 200gram tempe – kukus lembut
- 150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
- 50gram isi ayam kisar – rebus
- 50gram lobak merah – parut halus
- 50gram tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 batang daun bawang – cincang halus
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Breadcrumbs secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk besar, satukan tempe yang telah dikukus lembut, isi ayam kisar yang sudah direbus, lobak merah parut, cincangan daun bawang dan cincangan bawang putih.
- Tambah Keju Perfect Italiano Mozzarella, serbuk pati ayam, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul semua bahan hingga sebati.
- Ambil sedikit campuran tempe tadi lalu tekapkan mengikut bentuk yang disukai atau bulat-bulatkan lalu leperkan sedikit.
- Celup nugget tempe dalam bancuhan telur lalu golekkan dalam breadcrumbs rata.
- Goreng nugget tempe dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official