Nampak lembut dan gebu je Odading ni kan? Odading atau Roti Goreng ni sedang hangat viral di Indonesia. Garing diluar dan lembut gebu di dalam. Memang sedap dan tak rugi dicuba. Nak ‘try’ buat untuk sajian keluarga? Saudari Aznie Khasri ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK ODADING (ROTI GORENG) VIRAL INDONESIA

BAHAN YIS

  • 50ml air suam
  • 3gm (1 sudu teh) yis segera – beli online DISINI
  • 1 sudu makan gula pasir – beli online DISINI
  • 2 sudu makan susu pekat manis – beli online DISINI
  • 1 sudu makan tepung gandum – beli online DISINI

BAHAN ROTI:

  • 250gm tepung roti (high protein) beli online DISINI
  • 40gm marjerin / mentega
  • 20gm gula pasir beli online DISINI
  • 1 biji telur gred A

BAHAN TABURAN:

  • Bijan putih beli online DISINI

CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat yis, campur semua bahan dan gaul rata. Rehatkan selama 5-10 minit.

2. Dalam bekas berlainan, campur bahan roti kecuali marjerin. Masukkan bahan yis. Gaul rata dan uli hingga sebati.

IKLAN

3. Kemudian masukkan marjerin. Uli lagi hingga doh menjadi elastik.

4. Bulatkan adunan doh lalu rehatkan selama 30-45 minit hingga saiznya naik 2 kali ganda. kemudian tumbuk doh untuk buang angin.

5. Canai doh setebal 1 cm – 1.5 cm. Kemudian potong ikut ukuran 4 x 5 cm atau ikut selera masing-masing.

6. Letakkan doh di dalam loyang yang sudah ditabur dengan sedikit tepung. Tutup dengan kain / plastik, rehatkan doh selama 5-10 minit.

7. Sapu permukaan doh dengan air lalu tabur dengan bijan juga gula sambil ditekan sedikit agar melekat.

8. Goreng Odading dengan api sedang hanya dengan sekali balik, agar tidak terlalu banyak menyerap minyak. Angkat lalu toskan.

9. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Aznie Khasri

 

Nak beli KUALI GORENG baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Kek Coklat Kukus Moist Sukat Guna Cawan. Lembut Dan Gerenti Jadi!

Resipi Roti Bun Manis Homemade Yang Sangat Gebu & Sedap. Begini Cara Buatnya.

Cara Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Rangup Tanpa Guna Air Kapur

Cara Masak Roti Pizza Tuna Guna Kuali. Sedap & Lembut Walau Dah Sejuk

Nampak Biasa Je Tetapi Ini Rahsia Buat Sambal Kicap Jadi Lebih Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official