Jom buat snek Omapodisempena sambutan Deepavali. Tentunya perayaan lebih meriah dengan adanya pelbagai sajian enak yang menjadi tradisi turun temurun. Walaupun tidak dapat disambut secara besar-besaran seperti sebelumnya disebabkan pandemik Covid19, dengan adanya pelbagai sajian sedap ini tentunya dapat memberikan keceriaan buat semua. Istimewa buat anda, RASA kongsikan resipi snek Omapodi perkongsian saudari Pushpa Rao. Rangup, sedap dan sesuai sangat dijadikan kudapan di musim perayaan ini. Selamat mencuba!
CARA MASAK SNEK OMAPODI HOMEMADE ISTIMEWA UNTUK DEEPAVALI
1. Kacau semua bahan-bahan diatas sampai jadi macam doh chappati. 2. Dengan menggunakan acuan lubang kecil, masukkan doh dan hasilkan muruku kecil yang panjang-panjang. Goreng sehingga kuning keemasan.
3. Campurkan kacang tanah dan daun kari yang digoreng dalam muruku tadi. Campurkan.
Resipi sama, tapi mungkin lain orang lain caranya. Ada yang menjadi resipinya bila buat, namun ada juga terkandas di tengah jalan.
Menerusi perkongsian daripada Yong Anisah Yaacob ini, dia berharap dengan resipi pau dan sedikit kemahiran yang ada, dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.
1. Campurkan air suam, gula dan yis di dalam satu bekas. Kacau bagi sebati dan biarkan kembang dalam 10 minit.
2. Kemudian, campurkan tepung gandum, marjerin dan susu pekat. Ramas-ramas hingga jadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan yis yang telah kembang ke dalam tepung dan 240ml air (ikut kesesuaian tepung). Uli hingga tepung sebati dan tidak melekat di tangan (dalam 10 min).
6. Sedia untuk dikukus. Sebelum tu, panaskan dulu kukusan dengan api yang sederhana hingga mendidih. 7. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh atas doh. Kukus selama 5-6 minit. Siap.
Menu minum petang atau sesuai juga untuk sajian pagi. Walaupun ianya nampak mudah, resipi kali ini ada istimewanya. Perkongsian dan olahan resipi ini di ambil dari resipi baba dan nyonya dan terhasillah hidangan yang enak ini. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN:
200g (1 1/3 cawan) tepung serbaguna
2 sdt serbuk penaik (baking powder)
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
1 gelas (230 ml) air
4 sdb udang geragau kering
Sebiji bawang besar (hiris halus)
Setangkai cili merah (buang biji & hiris)
Setangkai cili hijau (buang biji & hiris)
1/2 batang lobak merah (sagat halus)
3 tangkai daun ketumbar/ daun bawang/ daun kucai (hiris halus)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas & tuskan.
Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk & masukkan air sedikit demi sedikit.
Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat & tidak juga terlalu cair.
Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar & goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekali-sekala ketika menggoreng hingga berwarna keemasan & masak. Angkat & tuskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.
Nota:
– Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau kering boleh didapati di pasaraya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang.
– Anda juga boleh tambahkan tauge atau jagung ke dalam adunan cucur.
Suka makan tempe? Jom belajar cara-cara membuatnya secara homemade. Mudah dan tidaklah terlalu renyah. Jika tidak dicuba, mana nak tahu mampu ke tidak buat kan? Siapa yang tak suka makan tempe memang rugi. Sebab ia memang ada banyak khasiat. Sesiapa yang kurang gemar minum susu, nak turunkan berat badan serta nak kulit cantik, cuba amalkan makan tempe. Pasti anda akan rasa perubahan pada kesihatan anda.
ASAL USUL TEMPE
Tempe ialah makanan yang dihasilkan dari pemeraman kacang soya. Ia sememangnya amat terkenal di Asia Tenggara dan dipercayai berasal daripada Jawa, Indonesia. Di Malaysia, tempe semestinya tidak asing lagi. Ia banyak digunakan dalam masakan seharian seperti dalam penyediaan Lontong, lauk-pauk, kerepek dan banyak lagi. Harganya pun tidak mahal dan mudah diperolehi sama ada di kedai-kedai runcit mahupun di pasaraya. Biasanya, tempe yang dijual adalah dalam bentuk plastik dan juga yang dibungkus dengan daun.
KHASIAT TEMPE YANG ANDA PERLU TAHU. WOW!!!
Sama seperti Kimchi yang terkenal di Korea, tempe juga punya mempunyai banyak zat serta khasiatnya yang tersendiri. Antaranya ialah:
1. TINGGI KALSIUM
Tempe mengandungi kandungan kalsium yang sama seperti susu. Oleh itu, bagi yang kurang gemar minum susu, boleh gantikan dengan pengambilan tempe dalam diet harian.
2. BANTU CANTIKKAN KULIT
Tempe mampu mencerahkan kulit wajah tanpa adanya kesan sampingan yang membahayakan kesiahatan. Malah pengambilan tempe juga membuatkan anda sentiasa kelihatan muda.
3. MENGURANGKAN KOLESTEROL
Selain itu, pengambilan tempe dalam diet harian juga dikatakan mampu mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam badan, meningkatan kekuatan tulang serta membantu mengurangkan gejala-gejala monopous awal.
4. BANTU KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Tempe juga dikatakan sangat bagus untuk anda yang ada tekanan darah tinggi. Ini kerana ia mengandungi zat besi dan flafoid yang bersifat antioksidan dimana kandungan-kandungan ini mampu membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
5. ATASI MASALAH CIRIT BIRIT
Jika anda mengalami masalah cirit birit, cuba makan tempe. Ini kerana kandungan protein yang tinggi pada tempe membantu mempercepatkan proses pencernaan. Malah tempe juga dikatakan boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.
6. SUMBER PROTEIN YANG TINGGI
Tempe mengandungi sumber protein yang lebih tinggi dari daging. Di samping itu, tempe juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenik, piridoksin, biotin, vitamin B12 dan banyak lagi. Memang sangat bagus!
3/4 sudu teh ibu / ragi tempe – boleh dibeli di kedai @ beli menerusi pengusaha tempe
CARA MEMBUAT:
1. Rendam kacang soya sehingga kembang. Kemudian rebus sehingga mendidih. Sejukkan. Ramas-ramas kacang soya bagi menanggalkan kulitnya.
2. Rebus kacang soya sekali lagi hingga mendidih. Tambahkan cuka dan padamkan api. Tos dan keringkan. Biar sejuk.
3. Apabila kacang soya telah kering, taburkan ibu tempe dan kacau rata.
4. Masukkan kacang soya yang telah digaul tadi ke dalam plastik yang telah dicucuk dengan jarum ( dilubangkan).
5. Simpan bungkusan tempe di dalam bilik bersuhu rendah lebih kurang 30C selama dua hari sehingga cendawan tempe tumbuh sepenuhnya.
6. Sedia untuk dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan.
Nota: Jika sukar untuk mendapatkan ragi tempe, cara lain yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan tempe itu sendiri. Apa yang perlu anda lakukan ialah keringkan tempe sehingga betul-betul kering. Kemudian kisar halus. Jumlah penggunaannya ialah untuk 1kg kacang soya, guna antara 8-10 keping tempe.
Ha..bila dah pandai buat tempe sendiri, pastinya perlu masak dahulu sebelum boleh dinikmati. Paling ringkas nak nikmati tempe ni, anda boleh hiris nipis dan goreng sahaja. Malah, ia juga boleh dipelbagaikan seperti mencampurnya dalam masakan lain. Pendek kata, macam-macam boleh hasilkan. Paling penting, rasanya memang kebabom terbaik!
ANEKA RESIPI TEMPE
1. Tempe Tumis Darat Bersama Tulang
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg tulang lembu | rebus hingga empuk
1 paket tempe | potong empat segi
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 mangkuk santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan tempe.
Seterusnya masukkan serai, daun limau purut, asam gelugor.
Masukkan santan, kacau hingga mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat.
Akhir sekali tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
2. Tempe Goreng Bersama Daun Bawang
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong dadu
1 keping tauhu | potong dadu
2 pokok daun bawang | potong 3cm
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih | titik
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau seketika dan tutup api.
Sedia dihidangkan.
3. Tempe Nugget Masam Manis
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
1 biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1 biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.