Hari ni kita terbang jauh sikit ke Korea untuk menikmati Omelette Korea Kobis Berkeju. Telur dengan limpahan keju yang sangat menggiurkan. Resipi yang paling mudah nak buat. Sekelip mata je dah siap! Untuk dapatkan regangan yang sempurna, gunakanlah Keju Perfect Italiano Mozzarella. Anda pasti puas hati dengan hasil apabila melihat keju ini mencair dan ditarik. Memang berkualiti tinggi. Jom cuba!
OMELETTE KOREA KOBIS BERKEJU
Ads
Bahan-Bahan:
6 biji telur
100gram Perfect Italiano Mozzarella
30gram kobis – hiris halus
1 batang daun bawang – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk yang besar; pecahkan telur lalu pukul sebati hingga agak kembang. Masukkan garam dan lada sulah secukupnya, pukul lagi.
Masukkan hirisan kobis, daun bawang dan Perfect Italiano Mozzarella. Kacau sebati.
Sediakan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Tuang sesudu makan bancuhan telur ke dalam kuali (api kecil sahaja) lalu ratakan.
Masak seminit. Gulung sedikit di penghujung omelette. Tuang lagi sesenduk bancuhan telur di bahagian tengah omelette dan masak lagi seminit. Gulung sedikit lagi lalu tuang bancuhan telur sesenduk lagi.
Ulangi proses menuang bancuhan, biarkan masak dan gulung hingga semua bahan habis hingga dapat satu gulungan besar omelette. Setelah itu, potong gulungan omelette dan hidangkan panas.
Hidangan lengkap yang menjadi kegemaran anak-anak. Jika anda tidak sukakan sayuran campur, anda boleh memilih sayur lain untuk dijadikan inti telur bungkus.
TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
2-3 biji telur
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 ketul bahagian dada ayam | dicincang
4 susu besar sayuran campur
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumis bawang sehingga layu dan masukkan isi ayam.
Apabila isi ayam hampir masak, masukkan pula sos cili, sos tiram, sos tomato dan garam. Kemudian masukkan sedikit air.
Masukkan sayuran campur dan biarkan inti masak sepenuhnya.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tuang telur yang sudah dipukul. Tebarkan sebesar mungkin di dalam kuali.
Masukkan inti dan lipat telur untuk membungkus. Siap!
*Pastikan anda menggunakan api kecil ketika menebar telur kerana dikhuatiri ia akan hangus.
Mahu hidangan yang berbeza daripada biasa? Jom cuba buat Tortilla Bakar Dengan Ayam Goreng Rangup & Keju ni. Hidangan ala Mexico yang menggunakan tortilla sebagai ‘base’ dan Ayam Goreng Rangup serta taburan keju sebagai inti menjadikan ia satu hidangan yang menarik. Rangup, cukup rasa dan mengenyangkan.
Gunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style untuk meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Gabungan tiga jenis keju ini memang sempurna untuk hidangan anda. Sesuai sangat makan ketika berbuka puasa. Kalau ada lebih, boleh bertukar hidangan dengan jiran sebelah rumah.
TORTILLA BAKAR DENGAN AYAM GORENG RANGUP & KEJU
BAHAN-BAHAN:
4-5 keping tortilla
150gram Keju Perfect Italiano Mexican Style
Anchor Butter Salted secukupnya
BAHAN-BAHAN B (AYAM RANGUP):
4-6 ketul isi ayam – potong memanjang seperti jejari
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat ayam goreng rangup; perap ayam dengan sos tiram, lada sulah, serbuk pati ayam dan sedikit garam selama 15 -20 minit. Kemudian, golekkan atas tepung jagung rata lalu goreng garing hingga keperang-perangan. Ketepikan.
Sediakan dulang pembakar, sapu sedikit Anchor Butter Salted dan letakkan sekeping tortilla.
Susun 2-3 keping ayam goreng rangup atas tortilla. Tabur Keju Perfect Italiano Mexican Style secukupnya di atas ayam goreng.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15 minit.
Keluarkan tortilla dan hidangkan panas. Jika suka, nikmati dengan salad campuran.
Anda yang sukakan petai, masak apa pun tetap berselera makan. Buat sambal, campur dalam gulai atau buat ulam begitu je, pun sedap. Soal bau tolak tepi itulah yang selalu dikatakan oleh penggemar petai. Bukan sekadar cerita, ini dua resipi petai yang boleh anda semua cuba.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
1 helai daun kunyit
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
1 sudu makan air asam jawa
Bahan-bahan kisar:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
Setalah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.