Hari ni kita terbang jauh sikit ke Korea untuk menikmati Omelette Korea Kobis Berkeju. Telur dengan limpahan keju yang sangat menggiurkan. Resipi yang paling mudah nak buat. Sekelip mata je dah siap! Untuk dapatkan regangan yang sempurna, gunakanlah Keju Perfect Italiano Mozzarella. Anda pasti puas hati dengan hasil apabila melihat keju ini mencair dan ditarik. Memang berkualiti tinggi. Jom cuba!
OMELETTE KOREA KOBIS BERKEJU
Bahan-Bahan:
- 6 biji telur
- 100gram Perfect Italiano Mozzarella
- 30gram kobis – hiris halus
- 1 batang daun bawang – cincang halus
- Garam dan lada sulah secukupnya
Cara Memasak:
- Di dalam mangkuk yang besar; pecahkan telur lalu pukul sebati hingga agak kembang. Masukkan garam dan lada sulah secukupnya, pukul lagi.
- Masukkan hirisan kobis, daun bawang dan Perfect Italiano Mozzarella. Kacau sebati.
- Sediakan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Tuang sesudu makan bancuhan telur ke dalam kuali (api kecil sahaja) lalu ratakan.
- Masak seminit. Gulung sedikit di penghujung omelette. Tuang lagi sesenduk bancuhan telur di bahagian tengah omelette dan masak lagi seminit. Gulung sedikit lagi lalu tuang bancuhan telur sesenduk lagi.
- Ulangi proses menuang bancuhan, biarkan masak dan gulung hingga semua bahan habis hingga dapat satu gulungan besar omelette. Setelah itu, potong gulungan omelette dan hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: