
Isi Kandungan
ToggleSelalu buat atau makan onde onde pandan, sesekali tukar citarasa buat onde-onde keledek oren pula. Rasa lemak keledek dan letusan manis gula Melaka bila masuk ke mulut dan dikunyah memang enak. Cara membuatnya lebih kurang sama dengan buah Melaka ditambah dengan keledek saja.
Resipi onde-onde keledek oren
Bahan-bahan
2 cawan keledek oren – siap rebus dengan sedikit garam dan dilenyek
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air
1 ketul gula melaka – potong dadu kecil
2 helai daun pandan – simpulkan
Kelapa parut putih dan sedikit garam halus – gul sebati (kukus sekejap)
Cara membuat
1) Satukan dua jenis tepung dalam satu bekas. Masukkan keledek oren yang telah di lenyek kemudian gaul rata. Tuang air dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
2) Buat sedikit doh dan bentuk jadi bulan ikut saiz yang diingini. Kemudian leperkan doh lalu isikan gula melaka. Bulatkan semula, buat sehingga habis doh. Dalam pada itu panaskan air dalam periuk.
3) Bila air mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan doh tadi dalam periuk. Tunggu hingga ia timbul di permukaan kemudian barulah diangkat menggunakan penapis kecil. Selepas itu lalukan seketika di bawah air paip. Toskan.
4) Golekkan onde-onde atas kelapa parut putih hingga rata kemudian bolehlah dimakan.
Sumber: Zura Zul
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenali 6 Jenis Labu Berkhasiat & Cuba Resipi Berasaskan Labu

Buat mereka yang mementingkan kesihatan dan inginkan masakan yang berkhasiat, boleh bermula dengan labu kuning.
Labu kuning (pumpkin) agak mudah untuk diperoleh di negara kita. Labu kuning mengandungi zat seperti beta karoten, vitamin A, vitamin C, zink, selenium dan tanaman ini berkhasiat sebagai antioksidan yang baik.
Dengan memakan buah labu secara teratur, akan memperbaiki fungsi dan kerja pankreas akan baik dan insulin dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Selain itu buah tersebut tidak menaikkan zat gula darah dalam tubuh sehingga sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.
Labu kuning memiliki manfaat untuk melindungi sistem pencernaan agar mampu berperanan dengan baik kerana kandungan serat yang tinggi. Serat itu dapat membantu menjauhkan kita daripada sembelit, buasir dan masalah pencernaan lainnya. Serat juga sangat disarankan di dalam diet sihat, diet untuk mengontrol kolesterol, diet penurunan berat badan dan diet untuk diabetes.
Labu juga sangat baik untuk kesihatan buah pinggang dan mampu mencegah penuaan awal kerana mengandung antioksidan dan mengubati bisul.
Labu kaya akan vitamin A, C dan E dan mineral, yang berfungsi untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan anti radikal bebas.
ANTARA JENIS LABU:
LABU AIR
Teksturnya keras, warna kulit kehijauan, dan isi buah berwarna putih. Ia boleh dijadikan manisan kering atau dimasak menjadi lauk. Labu jenis ini mengandung getah yang lebih banyak dibandingkan labu lain. Oleh kerana itu, kupaslah labu di bawah air mengalir. Labu air mengandung kalsium, zat besi, dan vitamin C. Selain itu labu air kaya dengan serat, mineral, dan kalsium.
BUTTERNUT SQUASH
Rasa dan warnanya mirip dengan labu kuning, tetapi bentuknya oval dengan tekstur isi buah lebih lembut. Sangat sesuai dijadikan pelbagai hidangan pencuci mulut seperti seperti pudding dan kek. Seperti labu kuning, Butternut Squash juga sangat kaya vitamin A, C, mineral, dan serat.
COURGETTE
Courgette (Cucurbita Pepo) sangat popular di Eropah dan Timur Tengah. pelbagai masakan lazat tercipta daripada labu yang mirip mentimun ini. Labu yang masih muda sangat sesuai digunakan dalam masakan. Labu ini sangat lazat jika diisi dengan daging, campuran salad, ataupun ditumis dengan makanan laut.
LABU MI
Dipanggil labu mi atau labu spageti kerana isinya seperti mi bila dikeluarkan.Bentuknya pula mirip labu kuning. Semakin tua, tekstur isi buahnya akan semakin padat menyerupai mi. Labu ini sangat enak dibuat aneka puding, kuih, atau diolah menjadi sayuran, dipanggang dengan daging ataupun ditumis.
KABUCHA
Labu ini dipercayai berasal dari Jepun. Di pasaran ada dua jenis yang hanya berbeza bentuk. Acorn Squash berbentuk oval dan Kabucha pula berbentuk bulat. Enak dimasak menjadi sup, stew sayuran, atau hidangan penutup.
LABU SIAM (SECHIUM EDULE)
Bentuk labu siam (Sechium Edule) lebih kecil daripada jenis labu lain. Sifatnya pun bergetah dengan permukaan yang berbiku-biku. Labu ini sesuai dijadikan masakan sayur, seperti sambal goreng, sayur bersantan atau dikukus sebagai kudapan.
Selain masak lemak, pelbagai juadah lain boleh disediakan dengan menggunakan labu kuning. Kami kongsikan empat resipi yang boleh anda cuba.
PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE
BAHAN PUMPKIN CAKE:
200gm puri labu
300gm tepung gandum
250gm gula perang
½ sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbuk penaik
150gm marjerin
3 biji telur
150gm cip coklat
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN UNTUK SOS BUTTERSCOTCH:
250gm krim putar
120gm gula perang
50gm mentega
BAHAN UNTUK HIASAN:
Kepingan badam secukupnya
Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata.
4. Masukkan cip coklat dan gaul sebati. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan loyang 10×10.
5. Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan. Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit. Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.
6. Untuk membuat sos butterscotch; Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil.
7. Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat.
8. Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Untuk membuat puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.
PAI LABU
BAHAN-BAHAN KULIT PAI:
12gm tepung gandum
55gm mentega
40ml air
Secubit garam
Air secukupnya
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm.
3. Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit. Angkat dan ketepikan.
BAHAN INTI:
65gm gula
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
½ sudu teh garam
100gm puri labu
100gm susu segar
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati. Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit. Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera yang sedia terjual di pasaran.
BURGER BERGEDEL LABU
BAHAN MEMBUAT ROTI BURGER:
250gm tepung roti/tepung high protein
5gm yis
10gm gula kastor
13gm marjerin
½ sudu teh garam
150gm air
UNTUK HIASAN:
Oat, bijan putih dan bijan hitam secukupnya
BAHAN UNTUK BERGEDEL LABU:
½ kg labu | dibuang kulit & biji, dipotong
Sedikit garam
Serbuk lada putih
Daun bawang potong halus
Bawang merah cincang halus
2 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bergedel labu; Potong labu kepada ketulan kecil dan goreng hingga masak dan lembut.
2. Angkat dan lecek labu menggunakan garpu hingga hancur. Perasakan dengan garam dan lada putih. Masukkan daun bawang dan bawang cincang.
3. Bahagikan kepada 15 bahagian. Bulat dan leperkan. Jika lembik, tepukkan sedikit tepung.
4. Celup ke dalam telur dan goreng semula hingga perang keemasan. Angkat, tos dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
5. Untuk membuat roti burger; Satukan bahan kering kecuali garam. Gaul sebati dan barulah masukkan garam.
6. Masukkan marjerin dan gaul sebati. Kemudian masukkan air dan uli hingga menjadi doh.
7. Bahagikan doh kepada 15 biji dengan anggaran berat satu doh 30gm dan bulatkan. Hiaskan atas roti dengan cara mencelupkan sedikit permukaan roti pada air dan celupkan ke dalam bekas berisi hiasan.
8. Tutup doh dengan plastik atau kain lembap. Biarkan doh kembang kepada dua kali ganda selama lebih kurang 45 minit.
9. Bakar pada suhu 180˚C selama 20 hingga 25 minit sehingga roti perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk.
10. Untuk menyediakan burger; belah di bahagian tengah roti. Letakkan bergedel labu di bahagian tengah dan tambahkan sos dan mayones. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga ditambah sayuran seperti daun salad.
MASAK LEMAK LABU KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
½ biji labu | potong
6 tangkai kacang panjang | potong
1 batang serai
400ml santan cair
400ml santan pekat
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
½ sudu teh serbuk kunyit
5-10 tangkai cili padi
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan cili padi, bawang besar dan bawang putih hingga hancur.
2. Masukkan santan cair ke dalam peruk dan tuang bahan kisar ke dalam periuk tersebut bersama serai yang dititik.. Gaul sekata.
3. Masukkan kepingan dan masak hingga kuah mendidih.
4. Apabila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang dan santan pekat. Gaul sebati.
5. Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biar ia mereneh. Apabila labu sudah empuk, matikan api dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh lebihkan cili padi jika inginkan rasa lebih pedas.
ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS
BAHAN-BAHAN:
5 potong labu
1 labu bawang putih | cincang halus
2 sudu makan jus lemon
3-4 sudu besar minyak zaitun
Sedikit serbuk Thyme
Sedikit serbuk Oregano
Sedikit Daun bay kering
Lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Susun labu di dalam loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu.
2. Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay. Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk. Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.
INFO CHEF: Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.
Kongsi Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan Husin dan Megat Isahmudin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ceriakan Anak-Anak Dengan Donut Susu Bentuk Bunga, Memang Comel!
Kenali 6 Jenis Labu Berkhasiat & Cuba Resipi Berasaskan Labu
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Buat Sendiri Lompang Sagu Super Sedap, Senang & Murah.

Lompang Sagu ni bukan hanya cantik dipandang tapi rasanya pun sedap manis dan tekstur kenyal memang layanlah kalau buat kudapan teman kopi di petang hari. Nak membuatnya cukup senang perlu tiga bahan utama je, sagu kelapa dan gula. Apa lagi korang kena cuba dulu, baru tahu rasanya….
.
KUIH LOMPANG SAGU
BAHAN-BAHAN:
- 300gm sagu mata ikan warna hijau
- Sedikit air
- Secbit garam
BAHAN INTI:
- 1 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
- Sedikit pewarna merah
- 3 sudu makan gula pasir
- Secubit haram
CARA MEMASAK:
- Cuci sagu di bawah air mengalir kemudian toskannya.
- Taburkan sedikit garam dan gaul rata dan padatkan. Ketepikan.
- Sementara itu, campurkan campurkan kelapa dengan gula, pewana merah dan secubit garam, gaul rata dan goreng sangai hingga sedikit garing.
- Setelah masak, ketepikan, biar sejuk.
- Panaskan pengukus, sementara itu masukkan sagu dalam acuan kuih lompamg 3/4 acuan.
- Tekan tengahnya untuk membentuk lubang dan masukkan inti merah di tengahnya.
- Kukus hingga masak (lebih kurang 15-20 minit.
- |Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
Boleh Buat Sendiri 2 Menu Olahan Dari Durian Yang Sungguh Sedap Ini.

DURIAN atau nama saintifiknya ‘Durio’, buah tropika berasal dari Asia Tenggara ini terkenal dengan jolokan ‘Raja Buah’. Ia mempunyai isi yang lembut, rasa manis dan sangat sedap. Raja buah ini juga berkhasiat dimakan sebaik saja buahnya gugur. Durian antara buah-buahan tempatan memiliki banyak khasiat. Kepada pencinta durian berikut dua menu olahan dari durian yang sedap boleh korang semua cuba.
.
KUIH CARA DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- 260gm tepung gandum
- 240gm gula
- 500 ml santan kotak
- 250 ml air
- 6 biji telur saiz A
- 300gm puri durian
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
- Sebatikan isi durian bersama gula di dalam mangkuk besar.
- Masukkan minya, gaul rata.
- Seterusnya tambah santan dan tepung secara berselang seli. Kacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan telur, vanila dan garam kacau rata lagi.
- Panaskan acuan kuih cara atas dapur. Setelah panas sapukan minyak.
- Tuangkan aduan 3/4 acuan dan tutup acuan dengan tudung periuk.
- Bakar lebih kurang 12-15 minit.
- Setelah masak angkat dan ulang bakar hingga habis adunan.
- Sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
.
BUBUR CANDIL DURIAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN ISI:
- 4 cawan tepung pulut
- Air secukupnya
- Perwarna merah, kuning dan hijau
BAHAN UNTUK KUAH:
- 150 puri durian
- 1/2 cawan gula pasir
- 3 cawan santan
- 1 helai daun pandan
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, tambahkan air ke dalamnya sambil uli hingga menjadi doh lembut dan boleh dibentuk.
- Bahagikan kepada tiga Bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna kuning, merah dan hijau.
- Ambil secubit adunan dan bentukkan bulat-bulat kecil. Lakukan cara yang sama untuk semua warna hingga siap.
- Panaskan air dalam periuk, kemudian masukkan satu satu persatu warna adunan pulut tadi.
- Apabila timbul, angkat menggunakan penapis dan masukkan dalam air sejuk.
- Seterusnya sediakan kuah. Masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan gula dan secubit garam.
- Renehkan atas api sederhana, sentiasa kacau hingga santan mereneh.
- Setelah mereneh masukkan puri durian, kacau seketika dan tutup api.
- Campurkan biji-biji pulut tadi dan sedia dihidangkan.