Kalau dulu-dulu, nak makan menu berasaskan jering dan petai kena tunggu musim, sekarang dua bahan ini sentiasa ada di pasaran.  Bila teringin makan boleh beli dan masak sambil mengimbau keenakan masakan autentik air tangan ibu-ibu di kampung.  Berikut ada beberapa variasi menu jering dan petai yang boleh anda cuba sebagai hidangan keluarga.

 

GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 papan petai muda | kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
  • 500gm udang saiz XL | bersihkan
  • 2 batang serai | titik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit | carik-carik dan simpul
  • 3 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 15 biji cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
  3. Tuangkan santan dan gaul rata.
  4. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
  8. Gulai sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.

Resipi Orang Tua Dahulu Khas Untuk Penggemar Jering, Petai Dan Kerdas. Sebab Sedap Sangat Lupa Terus Soal Bau.

 

 

RENDANG BEREMPAH  JERING TUA  BERSAMA  AYAM

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji jering semai | rendam dan buang kulit arinya
  • 500gm ayam | potong kecil, cuci dan toskan
  • 1 liter santan pekat
  • 3 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 batang sarai | titik
  • 1 helai daun kunyit | siat dan simpul
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 tangkai cili kering
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng jering. Angkat dan titik jering dalam lesung batu. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. kacau rata hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, kacau lagi sehingga ayam kecut.
  5. Masukkan santan, asam gelugor dan daun kunyit.
  6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Apabila kuah agak pekat, kecilkan api, masukkan jering dan kerisik.
  8. Kacau rata sehingga kuat menjadi kering dan timbul minyak.
  9. Setelah secukup rasa dan ayam empuk. Tutup api.
  10. Rendang sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain ayam boleh juga guna daging tetel atau daging biasa.

 

Resipi Orang Tua Dahulu Khas Untuk Penggemar Jering, Petai Dan Kerdas. Sebab Sedap Sangat Lupa Terus Soal Bau.

SEMUR JERING BERSAMA DAGING

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm jering tua  | buang kulit ari dan rebus
  • 250gm daging | rebus dan hiris nipis
  • 2 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut  | carik-carikkan
  • 1 batang serai | titik
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
  • 1 sudu teh jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 1 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng daging yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan, kemudian titik daging supaya lembut.
  2. Kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai, daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
  3. Masukkan jering bersama daging goreng tadi, kacau rata 2-3 minit.
  4. Masukkan air asam, kicap pekat manis dan perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kecilkan api, kacau sehingga semur kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit lagi.
  6. Tutup api dan semur sedia dihidangkan.

INFO CHEF:Selain jering direbus, ia boleh juga digoreng. Terpulang kepada cita rasa anda.

 

DENDENG KERDAS BERSAMA DAGING

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 200gm kedas | goreng dan buang kulit arinya
  • 200gm daging | rebus dan hiris nipis
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

 BAHAN KISAR:

  • 6 biji cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 2 biji buah keras
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng daging (jangan terlalu kering). Angkat dan daging dititik supaya lembut.
  2. Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes asam jawa.
  3. Seterusnya masukkan daging dan kerdas tadi, kacau lebih kurang 2-3 minit.
  4. Kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau lagi sehingga kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit.
  6. Tutup api, angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Selain kerdas boleh juga tukar dengan jering.

Cuba Resipi ini juga:

 

Nikmatnya Makan Nasi Putih Dengan Petai & Ikan Bilis Masak Tempoyak Cili Padi Merecik

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI