Kebiasaan buat kek red velvet dalam portian yang besar, kali ini buat dalam saiz mini, mudah anak-anak nak makan. Boleh juga boleh jualan ni, pasti laku keras.Kalau tiada oreo merah, saja saja guna oreo coklat.
Oreo Red Velvet Cheese Bahan-bahan: 2 peket oreo-patah-patahkan 250g cheese tatura atau jenama lain 2 biji telur ½ cawan gula kastor Esen vanilla
Cara membuat: 1.Putar cream cheese sekejap. 2.Masuk gula putar sebati. 3.Masuk telur,esen vanilla 4.Adun. Agak-agak adunan dah nampk sikit gebu berhenti.Jangan lama sangat adun. 5.Masuk adunan dalam piping beg. 6.Panaskan oven. 7.Susun cup dalam loyang. 8.Masukkan biskut. 9.Pipe cheese.Kemudian patah-patahkan lagi biskut.
Ads
10.Letak atas lapisan cheese. 11.Tutup pulak biskut dengan adunan cheese. 12.Hias serbuk biskut atau strawbery emulco di atas kek,kemudian bakar.0ven 170, 20 minit atau hingga masak.
13.Siap,sejuk baru makan.Masuk sekejap dalam peti sejuk.
Kredit: ieda jahaya
ADA YANG NAK MEMBELI AIR FRYER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Rasa masam, manis, pedas & lemak akan tambahkan selera makan anda. Terung yang dibakar dan digaul dengan air asam berlemak santan pekat.Fuhh ngam terukk..selamat mencuba!
TERUNG BAKAQ AYAQ ASAM
BAHAN-BAHAN:
Terung (bakar)
2 biji cili padi
2 biji cili besar
Belacan (tumbuk kasar)
Santan
Perahan limau
Garam gula
Bawang besar-di mayang
Cili padi-potong
CARA MEMASAK:
Bakar terung (terbakar hitam itu yang buat lagi sedap)
Cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk kasar.
Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk kecil.
Selepas itu masukkan terung, santan, bawang besar, cili padi potong dan perahan limau. Gaul hingga sebati.
Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.
Bila rasa sudah sedap boleh makan dengan nasi panas.
Masih ada yang cutihari ni? Apa kata anda masak menu yang lebih istimewa buat suami dan anak-anak. Daging Bakar Thai. Menu yang pastinya buat anda makan nasi dengan penuh selera. Daging lembut berperisa yang dicicah dengan sos beraroma. Pasti anda tak puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Atisya Anuwa ni.
DAGING BAKAR ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging
4 ulas bawang putih
1 batang serai
2 sudu makan kicap
1 sudu sos tiram
Garam & gula
CARA-CARA
Tumbuk bawang putih dan serai sehingga lumat.
Gaul semua bahan-bahan bersama daging dan biar ia perap ( boleh terus dibakar jika tidah mahu perap, tapi lagi lama perap lagi sedap)
Daging jangan dibakar terlalu lama kerana daging akan kering.
Memang terangkat menu ni bila dihidang dengan nasi panas-panas. Ayam masak kandar ni bukan hanya sesuai dengan nasi putih malah makan dengan nasi biryani lagi surr.
Ayam Masak Kandar
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
3 sekawan
3 biji bawang merah
3 batang cili hijau
3 batang cili merah
2 biji tomato
2 batang serai
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
3 sudu makan cili kering-kisar
3 sudu makan serbuk kari ayam
3 sudu makan kicap pekat/karamel
Garam secukupnya
Sedikit lada hitam
Cara memasak:
1.Tumis 3 sekawan,pes halia dan bawang putih dan serai
2.Masukkan bawang dan kacau.
3.Setelah bawang layu,masukkan tomato.
4.Masukkan pes cili kering.
5.Masak sehingga pecah minyak dan masukkan serbuk kari.
6.Kacau rata dan biarkan rempah masak sekejap.Masak dengan api perlahan.
7.Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih sikit.
8.Setelah mendidih,masukkan ayam.
9.Gaul rata dan biarkan sekejap sehingga jus dari ayam keluar.
10.Tambahkan kicap pekat.
11.Gaul rata dan biarkan mendidih lagi.Jika kuah kering boleh tambah sedikit air
lagi.Perasakan dengan garam.
12.Masukkan sedikit lada hitam dan kacau.Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
13.Tutup api dan taburkan sedikit bawang merah yang dipotong bulat,cili hijau
dan cili merah.
14.Sedia dihidang.