Kebiasaan buat kek red velvet dalam portian yang besar, kali ini buat dalam saiz mini, mudah anak-anak nak makan. Boleh juga boleh jualan ni, pasti laku keras.Kalau tiada oreo merah, saja saja guna oreo coklat.
Oreo Red Velvet Cheese
Bahan-bahan:
2 peket oreo-patah-patahkan
250g cheese tatura atau jenama lain
2 biji telur
½ cawan gula kastor
Esen vanilla
Cara membuat:
1.Putar cream cheese sekejap.
2.Masuk gula putar sebati.
3.Masuk telur,esen vanilla
4.Adun. Agak-agak adunan dah nampk sikit gebu berhenti.Jangan lama sangat adun.
5.Masuk adunan dalam piping beg.
6.Panaskan oven.
7.Susun cup dalam loyang.
8.Masukkan biskut.
9.Pipe cheese.Kemudian patah-patahkan lagi biskut.
10.Letak atas lapisan cheese.
11.Tutup pulak biskut dengan adunan cheese.
12.Hias serbuk biskut atau strawbery emulco di atas kek,kemudian bakar.0ven 170, 20 minit atau hingga masak.
13.Siap,sejuk baru makan.Masuk sekejap dalam peti sejuk.
Kredit: ieda jahaya
ADA YANG NAK MEMBELI AIR FRYER, BOLEH LIHAT DI SINI.