Resipi Original Dari Menteri Pertahanan, Gulai Ikan Mat Sabu Di Gilai Ramai Netizen!

Share

Mendapat lebih ribuan lebih share dan like yang tinggi, rupanya resipi air tangan Mat Sabu, Menteri Pertahanan sememangnya dicari-cari oleh netizan dan peminatnya selepas viral gambar Mat Sabu sedang memasak gulai ikan untuk tetamunya. Apa yang lebih menarik resipi ini di tulis sendiri oleh Mat Sabu untuk peminatnya, terharu kan. Nampak pun sedap, selamat mencuba!

 

Yahooo…dapat juga resepi gulai ikan YB Mat Sabu. Lepas tengok video Lim Guan Eng kata dia suka gulai ikan Mat Sabu hari tu, saya kata dalam hati, best ni kalau dapat resepi.

YB Mat Sabu pula orang Penang, sure sedap gila gulai dia. Saya post kat sini kelmarin tanya ada sesiapa yang rapat dengan YB. Saya nak resepi kari tu.

Alhamdulillah, sehari lepas tu Mamazieza Azizah Hassan Wasap saya resepi tulisan tangan Menteri Pertahanan kita tu.

Fuhhh…hari ni saya try. Lebih kurang sama dengan resepi yang biasa saya buat. Tak guna santan. Cuma air asam jawa. Bezanya, YB letakkan hirisan bawang besar selepas rempah garing. Ini akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap.

Okeh ini resepi kari YB yang saya buat balik. Saya guna ikan kerapu.- Ujar Zalina

 

RESIPI GULAI IKAN MAT SABU

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan kerapu / jenahak / gerut / merah / siakap | siang dan basuh bersih
  • 2 paket rempah kari ikan babas pedas / tak pedas pon ok | bancuh dengan air
  • 5 ulas bawang putih | hiris
  • 6 ulas bawang merah| hiris @ tumbuk
  • 2 biji bawang besar | potong nipis
  • Air asam jawa
  • *terung / bendi/ tomato sebagai hiasan

BAHAN TUMIS:

  • Jintan putih
  • halba
  • Biji sawi
  • Daun kari
  • Hirisan bawang putih dan bawang merah.

 

CARA MEMASAK:

Panaskan minyak dan bahan tumis sehingga wangi

Masukkan rempah kari ikan babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.

 

Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.

Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu asam jawa  + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)

Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan garam dan perasa ikan bilis Norr..Siappp.

Tqvm YB Mat Sabu.

Kongsi resipi: Zalina Yahaya

Published by
Mastura Abu Kassim