Resipi pai nangka idea mak. Pernah makan pai berintikan nangka? Menurut puan Shai Anne yang berkongsi resipi ini, idea untuk membuat pai berinti nangka itu dicetuskan oleh maknya.
Ketika itu mereka diberikan buah nangka oleh kakak iparnya. Sedang mencari idea untuk memasak, tiba-tiba mak memberikan idea untuk buat jem nangka. Maka, terjadilah pai nangka ini. Sedap sungguh.
Selain dijadikan pai, boleh dijadikan inti roti dan popia gulung. Peminat nangka terutamanya, wajib cuba resipi ini ye.
Untuk membuat doh; Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
Ads
Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk.
Kemudian guna tangan dan bentukkan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Untuk menyediakan inti jem; sediakan jem nangka terlebih dahulu. Di dalam kuali, masak isi nangka yang telah dipotong kiub kecil bersama gula pasir sehingga pekat dengan api yang sederhana.
Bila dah pekat, padamkan api dan sejukkan jem nangka terlebih dahulu.
Ads
Untuk membuat pai; ambil sekeping kulit pai. Canai doh jadi bentuk empat segi panjang. Terlebih dahulu, tabur sedikit tepung di permukaan papan/meja.
Kemudian sudukan sedikit inti nangka, bubuh di bahagian agak bawah. Kemudian lipatkan kulit pai menutupi inti dan kemaskan sekelilingnya. Boleh gunakan air untuk lekatkan.
Gunakan garfu, tekan-tekan sekeliling pai. Boleh kelar sedikit bahagian atas untuk corak. Setelah itu, sapu sedikit bancuhan telur di permukaan atas pai.
Kemudian bolehlah masukkan ke dalam oven dan bakar hingga masak. Siap.
Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi, Untuk Episod 2 kali ini Chef Imelda Harris telah menyediakan dua resipi istimewa menggunakan bahan yang ada dalam bakul misteri. Kali ini bahan utama dalam bakul misteri adalah telur puyuh. Untuk itu, Chef Imelda memilih untuk berkongsi resipi Parpu Telur dan Bingka Telur Puyuh, dua resipi yang sungguh sedap dan mudah disediakan.
Korang yang tak sempat menoton live di FB Majalah Rasa atau di Youtube Channel Majalah Rasa, ini dikongsikan resipi penuh kedua-dua resipinya. Korang kena cuba untuk rasa sendiri keenakannya,.
PARPU TELUR PUYUH BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan kacang dhal | cuci dan direndam 1 jam
20 biji telur puyuh | direbus dan kupas kulitnya
3 biji kentang | dikupas dan di potong lapan
2 biji tomato | dipotong empat
1 inci halia | ditumbuk
5 biji bawang merah kecil | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
1 cawan santan pekat
1 kiub pati ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 liter air
BAHAN TUMIS DARAT:
2 biji bawang Bombay | dihiris
1 tangkai daun kari | dilurut
3 tangkai cili kering | dipotong serong, cuci dan toskan.
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh jintan manis
1 peket rempah tumis
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kacang dhal direbus dengan air sehingga empuk.
Masukkan kentang dan masak hingga kentang lembut.
Seterusnya masukkan kiub ayam, bahan tumbuk halus, telur puyuh rebus dan serbuk kunyit.
Kacau rata dan masak sekejap dengan api kecil.
Tuang santan lalu dikacau perlahan. Biar mereneh dan masukkan tomato.
Sementara itu, panaskan minyak masak dan masukkan bahan-bahan tumis darat dan tumis hingga harum dan bawang layu.
Seterusnya tuang bahan tumis ke dalam periuk berisi kacang dhal tadi.
Kacau rata, perisakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula mengikut citarasa anda. Biarkan sehingga merenih dan sedia untuk dihidang.
Enak dihidangkan dengan roti bakar atau roti canai.
BINGKA TELUR PUYUH BEREMPAH BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan
3 biji telur gred A
1 sudu kecil garam bukit
2 sudu besar minyak masak
Daun sup dan daun bawang | dihiris halus
BAHAN-BAHAN:
200 g daging kisar
2 sudu besar rempah kari daging
½ sudu kecil jintan manis
½ sudu kecil biji ketumbar
1 labu bawang besar | dipotong dadu
2 biji kentang -dipotong dadu
1 batang kecil lobak merah | dipotong dadu
2 biji cili merah -dicincang
1 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan tumis. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan jintan manis dan biji ketumbar sehingga wangi.
Masukkan daging kisar, rempah kari dan kentang. Tumis seketika.
Masukkan lobak merah dan garam. Masakkan sehingga kentang dan lobak merah lembut dan kering.
Kemudian masukkan cili merah. Angkat dan sejukkan.
Seterusnya sediakan bahan tepung. Pukul telur sehingga sedikit kembang, masukkan santan, minyak, tepung gandum, tepung jagung dan garam.
Pukul sehingga sebati. Tuangkan bahan tumis dan masukkan daun bawang dan daun sup. Kacau sehingga adunan sebati.
Tuangkan ke dalam acuan muffin yang sudah dioles dengan sedikit minyak.
Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180ºC dan bakar selama 25 minit sehingga masak.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan. Hidangkan.
KLIK DI SINIUNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH.
Cakoi gebu cicah sos karamel untuk menu petang memang sedap. Makan pula panas-panas gu dengan air teh panas memang cukup menyelerakan. Nak buat pun rupanya mudah sahaja, tak guna banyak bahan pun untuk sediakan. Jom cuba!
Resipi Cakoi Gebu & Sos Karamel
Bahan-bahan:
300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum
2 sudu makan gula
½ peket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 cawan air
⅓ cawan minyak masak
Cara Memasak:
Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
Resepi sos karamel
Bahan-bahan:
1 cawan gula
½cawan susu pekat
½ cawan air
1 sudu penuh butter / marjerin
Cara Memasak:
1. Masakkan gula atas dapur sampai cair dan bewarna perang.
2. Masukkan susu pekat sampai gula jadi cair.
3. Setelah itu masukkan pula air dan kacau rata sampai karamel jadi cair.
4. Masukkan butter dan kacau lagi.
5. Bila butter dah cair boleh tutup api dan tunggu sejuk.
Nota: Sos karamel ni masa panas sangat cair tapi bila sejuk dia akan jadi 2 kali ganda pekat
Lempeng Kelapa antara sajian yang menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Sarapan yang mudah dan ringkas ini memang enak dimakan bersama kuah kari dan juga sambal sardin. Jom kita cuba resipi Lempeng Kelapa seperti yang dikongsikan Dapur Kak Chik. In Sha Allah sedap dan lembut sampai ke petang.
1. Campurkan bahan A dan B – bancuh sekata agak-agak kepekatannya -rujuk video
2. Kisar sekali lagi.
3. Masukkan dalam bekas dan campurkan kelapa parut.
4. Masak dengan cara lenggangkan di atas kuali non stick macam buat kuih gulung. Apabila siap bolehlah dihidangkan bersama sambal sardin atau kuah kari.
Sumber kredit: Dapur Kak Chik via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.