Resipi pai nangka idea mak. Pernah makan pai berintikan nangka? Menurut puan Shai Anne yang berkongsi resipi ini, idea untuk membuat pai berinti nangka itu dicetuskan oleh maknya.
Ketika itu mereka diberikan buah nangka oleh kakak iparnya. Sedang mencari idea untuk memasak, tiba-tiba mak memberikan idea untuk buat jem nangka. Maka, terjadilah pai nangka ini. Sedap sungguh.
Selain dijadikan pai, boleh dijadikan inti roti dan popia gulung. Peminat nangka terutamanya, wajib cuba resipi ini ye.
1 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1 sudu besar gula – boleh beli online di sini
1/2 sudu kecil garam – boleh beli online di sini
1/2 cawan mentega (beku terus dari peti ais ais) – boleh beli online di sini
4 sudu besar air ais sejuk
500gm isi nangka yang cukup masak (potong kiub kecil)
150gm gula pasir – boleh beli online di sini
Telur (sapuan atas pai)
Untuk membuat doh; Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk.
Kemudian guna tangan dan bentukkan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Untuk menyediakan inti jem; sediakan jem nangka terlebih dahulu. Di dalam kuali, masak isi nangka yang telah dipotong kiub kecil bersama gula pasir sehingga pekat dengan api yang sederhana.
Bila dah pekat, padamkan api dan sejukkan jem nangka terlebih dahulu.
Untuk membuat pai; ambil sekeping kulit pai. Canai doh jadi bentuk empat segi panjang. Terlebih dahulu, tabur sedikit tepung di permukaan papan/meja.
Kemudian sudukan sedikit inti nangka, bubuh di bahagian agak bawah. Kemudian lipatkan kulit pai menutupi inti dan kemaskan sekelilingnya. Boleh gunakan air untuk lekatkan.
Gunakan garfu, tekan-tekan sekeliling pai. Boleh kelar sedikit bahagian atas untuk corak. Setelah itu, sapu sedikit bancuhan telur di permukaan atas pai.
Kemudian bolehlah masukkan ke dalam oven dan bakar hingga masak. Siap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official