Resipi Pais Ikan Yang Mudah & Sedap. Masak Guna Kuali Je.

Share

Suka makan Pais Ikan namun kurang rajin nak panggang atau bakar guna pemanggang? Haa…Ada resipi mudah. Anda hanya perlu masak guna kuali je. Memang ringkas resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Jom cuba!

 

RESIPI PAIS IKAN

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan – boleh guna ikan patin, terubuk, kembung, pari. terpulang ikut citarasa.
  • 2-3 helai daun kunyit – untuk balut. Jika ada daun pisang, lebih baik.
  • 1 helai daun kunyit – hiris nipis
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 2-3 sudu makan minyak masak

BAHAN TUMBUK ( GUNA LESUNG BATU):

  • 8-10 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai – hiris dulu untuk senang tumbuk
  • 1 genggam(lebih kurang 1/2 cawan) kelapa parut
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas. Masukkan pes asam jawa. Gaul rata. ( jangan masukkan air).

2. Kemudian masukkan minyak masak serta daun kunyit. Gaul sebati bersama bahan tumbuk tadi.

3. Sumbat bahan ke dalam ikan dan lumur hingga sebati. Balut ikan menggunakan daun kunyit atau daun pisang.

4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak anggaran 3-4 sudu makan. Masukkan ikan. Tutup kuali menggunakan tudung periuk.

5. Biarkan ikan selama 15 minit dan masak menggunakan api sederhana.

6. Kemudian terbalikkan ikan dan tutup kembali tudung periuk. Masak lagi selama 10 minit.

7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

Published by
Nur