Jika anda penggemar pajeri nenas, tentu anda pernah mencuba atau melihat pelbagai jenis dan cara masakan orang yang membuat menu ini.
Terdapat pelbagai cara untuk memasak pajeri nenas. Ada yang bersantan dan ada juga yang tidak menggunakan santan.
Menerusi perkongsian resipi daripada Mohd Rozmie ini, Pajeri Nenas ini adalah resepi warisan temurun dari arwah emaknya. Sedap dimakan bersama ikan pekasam goreng.
Masakan pajeri nenas utara ini kuahnya sedikit pekat dan rasanya manis.
1.Panaskan dalam ½ cawan minyak. Perlukan minyak yang banyak agar rempah masak elok nanti. 2. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dipotong nipis.
3. Masukkan rempah 4 sekawan dan daun kari. Tumis sehingga bawang layu dan naik bau.
Ads
4. Bila bawang sudah layu elok, masukkan bancuhan rempah. Tumis hingga mula pecah minyak.
5. Masukkan ikan bilis dan udang, gaul hingga sebati. Masukkan sedikit air(anggaran ¼ cawan atau lebih), tumis sehingga nampak rempah kering.
6. Ulang lagi masukkan air (¼ cawan) tumis sehingga rempah kering. Ulang begini dalam 4 kali supaya rempah masak elok dan sebati.
7. Bila rempah dah masak elok, masukkan nenas yang telah dipotong dan gaul sebati dengan nenas. Jika rempah terlalu kering, boleh ditambah sedikit air tapi jangan banyak sangat.
8. Tutup tudung dan kecilkan api, biarkan mereneh dalam 10 – 15 minit. Sekali sekala perlu kacau supaya rempah tak hangit. 9. Masukkan sedikit santan (anggaran 100ml atau setengah kotak). Jangan terlalu banyak santan. Pajeri Nenas yang elok tak perlukan santan yang banyak.
10. Masukkan kerisik dalam 2 sudu besar. Saya suka kuah pajeri yang pekat sebab tu masukkan 2 sudu besar. Kalau anda nak kurangkan pekat, boleh kurangkan kerisik.
11. Masukkan 2 atau 3 sudu gula. Pajeri ni rempahnya perlu rasa manis, barulah terangkat rasa pajeri nenas ini.
12. Masukkan sedikit garam untuk seimbangkan rasanya. Selepas masukkan santan dan bahan tadi dan mula mereneh elok, dah boleh ditutupkan api.
Sebut sahaja asam pedas terus terbayang akan kuahnya yang masam dan pedas. Buat asam pedas kena tahu seimbangkan rasa agar tidak terlalu masam dan cukup rasa. Rasanya asam pedas juga berbeza-beza bergantung kepada penggunaan bahan utama yang diletakkan. Rasa asam pedas ikan merah dan jenahak juga berbeza . Nah kali ini min nak kongsikan resipi membuat asam pedas daging tetel. Memang kecur liur dibuatnya.
Asam Pedas Daging Tetel Melaka
Bahan-bahan:
Daging ada juga lemak sikit bru sedap
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Daun limau purut
Lengkuas -dititik
Serai -dititik
Ketumbar
Lada hitam
Jintan putih
Jintan manis sy da bcampur dgn ketumbar
Blender sekali dgn bwang kunyit di atas
Cili kisar
Kerisik
Air asam jawa
Cara memasak:
1.Tumis bahan yg di kisar & rempah ratus tadi besama cili sampai naik bau ..garing
2.Masukkan daging ketukkan serai gaulkan
3.Masukkan air tutup periuk dan renehkn pada api yang sederhana sehingga daging tu empuk
4.Bila dah empuk masukkn air asam jawa garam perasa & kerisik
Namanya nasi goreng budak sekolah sebab memang dibuat untuk anak-anak dan tak pedas langsung. Nasi goreng ini juga tak perlukan banyak rencah, cukup guna telur saja.
Memang senang dan yang penting sedap walaupun ringkas bahannya. Tak percaya cubalah buat esok ikut resipi yang dikongsi Ida Shahida. Pesan beliau, resipi ini kena ikut sebijik-sebijik baru sedap.
Resipi nasi goreng budak sekolah
Sila ikut resepi ini sebiji ya! Jangan ubah apa apa. Insya Allah, masakan ini anda akan jadi yang paling sedap anda pernah makan. Percayalah dan cubalah…
1. Kena buka api kuat sekali kemudian panaskan minyak.
3. Tumis bawang putih yang diketuk hingga naik bau.
4. Pecahkan telur dan kacau supaya hancur dan sempurna masaknya.
5. Masukkan nasi dan kacau.
6. Bila dah berasap masukkan garam dan serbuk perasa dan sedikit lada hitam.
7. Kacaulah sampai berasap (api mesti kuat sekali). Siap!
Inilah hasilnya
Petua buat nasi goreng yang sedap
Goreng nasi kena masak sampai berasap. Itu tanda nasi goreng dah masak dan jadi sedap! Kalau nasi goreng tidak berasap maknanya nasi goreng itu belum masak lagi!
Api kena kuat.
Selepas pecahkan telur kena kacau cepat supaya telur hancur dan masak sempurna. Kalau tak, nanti nasi goreng berbau hanyir telur.
Sebaiknya buat nasi goreng guna nasi sejuk atau masak nasi dengan air yang sedikit supaya nasi jadi lerai walaupun baru dimasak. Jangan guna nasi yang lembik untuk buat nasi goreng ya, melekat lekat jadinya. Rasa pun tak sedap!
Tip: Nak pedas boleh letak potongan cili kering semasa menumis bahan.
Sup Ikan Merah Ala Thai ni jika kena gaya masak dan campuran rencahnya, memang sedap dan menyelerakan. Malah tidak hanyir. Biasa makan sup Ayam, Sup Daging dan ketam kan? Apa kata kali ini cuba resipi Sup Ikan Merah Ala Thai perkongsian saudari Mizzmoon Moon ni pula. Mudah je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SUP IKAN MERAH ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan merah – dipotong 1 batang saderi – hiris 1/2 batang lobak merah – hiris 1-2 biji tomato – hiris 2 akar ketumbar Hirisan daun ketumbar 1 sudu makan sos ikan – beli online disini 1 biji jus limau nipis Air secukupnya Garam dan perasa secukupnya Sedikit minyak masak
BAHAN TUMIS: 1/2 biji bawang merah besar – hiris 2 ulas bawang putih – hiris 1 batang serai 1 keping kulit kayu manis – beli online disini 1 kuntum bunga lawang – beli online disini 7 biji cili padi merah 7 biji cili padi hijau
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga wangi. 2. kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis lagi hingga naik bau. 3. Masukkan akar ketumbar. Masak seketika dan masukkan air, garam serta perasa. 4. Masukkan juga hirisan saderi dan juga lobak merah. Masak hingga mendidih. 5. Bila sayur sudah separuh lembut dan kuah mendidih, masukkan ikan.
6. Bila ikan separuh masak, masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Kacau. 7. Seterusnya masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato. Masak hingga ikan masak sempurna. 8. Matikan api dan Sup Ikan Merah sedia untuk dinikmati.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.