Resipi Pajeri Nenas Utara Warisan Turun-Temurun Yang Pekat & Sedap

Share

Jika anda penggemar pajeri nenas, tentu anda pernah mencuba atau melihat pelbagai jenis dan cara masakan orang yang membuat menu ini.

Terdapat pelbagai cara untuk memasak pajeri nenas. Ada yang bersantan dan ada juga yang tidak menggunakan santan.

Menerusi perkongsian resipi daripada Mohd Rozmie ini, Pajeri Nenas ini adalah resepi warisan temurun dari arwah emaknya. Sedap dimakan bersama ikan pekasam goreng.

Masakan pajeri nenas utara ini kuahnya sedikit pekat dan rasanya manis.

 

RESIPI CARA BUAT PAJERI NENAS

BAHAN-BAHAN:

1 biji nenas | potong tebal, jangan terlalu nipis
4 ulas bawang merah | diracik nipis- beli online di sini
3 ulas bawang putih | diracik nipis – beli online di sini
1 inci halia | diracik nipis – beli online di sini


Rempah 4 sekawan
1 tangkai daun kari – beli online di sini
3 sudu besar serbuk kari daging | dibancuh dengan air – beli online di sini
50gm ikan bilis | ditumbuk halus terlebih dahulu – beli online di sini
1 sudu besar udang kering | ditumbuk halus terlebih dahulu – beli online di sini
100ml santan – beli online di sini
2 sudu besar kerisik – beli online di sini
2 – 3 sudu besar gula – beli online di sini
Garam secukup rasa – beli online di sini
½ cawan minyak masak – beli online di sini
Sedikit air

TONTON Istimewa Rasa 20 Tahun: 20 Petua Mudahkan Tugas Di Dapur

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk

CARA-CARA:

1.Panaskan dalam ½ cawan minyak. Perlukan minyak yang banyak agar rempah masak elok nanti.
2. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dipotong nipis.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Masukkan rempah 4 sekawan dan daun kari.

Tumis sehingga bawang layu dan naik bau.


4. Bila bawang sudah layu elok, masukkan bancuhan rempah. Tumis hingga mula pecah minyak.


5. Masukkan ikan bilis dan udang, gaul hingga sebati. Masukkan sedikit air (anggaran ¼ cawan atau lebih), tumis sehingga nampak rempah kering.


6. Ulang lagi masukkan air (¼ cawan)

tumis sehingga rempah kering. Ulang begini dalam 4 kali supaya rempah masak elok dan sebati.


7. Bila rempah dah masak elok, masukkan nenas yang telah dipotong dan gaul sebati dengan nenas. Jika rempah terlalu kering, boleh ditambah sedikit air tapi jangan banyak sangat.


8. Tutup tudung dan kecilkan api, biarkan mereneh dalam 10 – 15 minit. Sekali sekala perlu kacau supaya rempah tak hangit.
9. Masukkan sedikit santan (anggaran 100ml atau setengah kotak). Jangan terlalu banyak santan. Pajeri Nenas yang elok tak perlukan santan yang banyak.

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]


10. Masukkan kerisik dalam 2 sudu besar. Saya suka kuah pajeri yang pekat sebab tu masukkan 2 sudu besar. Kalau anda nak kurangkan pekat, boleh kurangkan kerisik.


11. Masukkan 2 atau 3 sudu gula. Pajeri ni rempahnya perlu rasa manis, barulah terangkat rasa pajeri nenas ini.


12. Masukkan sedikit garam untuk seimbangkan rasanya. Selepas masukkan santan dan bahan tadi dan mula mereneh elok, dah boleh ditutupkan api.

Kredit resipi: Mohd Rozmie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff