Enaknya sajian Pajeri Terung perkongsian saudari Umi Watie & Pajeri Nanas perkongsian saudari Mastura Burhanuddin ni. Lauk yang ringkas tapi cukup padu untuk buat tambah nasi berkali-kali. Padanannya senang sahaja. Cukup sekadar nasi panas dan juga gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Pasti makan bertambah. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering. 2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk. 4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
6. Pajeri Terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
1 biji nanas – saiz terpulang dan jangan terlalu ranum 2 paket kecil rempah kari daging Babas – beli online disini Bawang merah saiz sederhana – dihiris / kisar halus 2 ulas bawang putih saiz kecil – dihiris / dikisar 1 potong halia – dihiris / dikisar 1 tangkai daun kari 2 sudu makan gula perang – boleh ubah bergantung pada selera masing-masing – beli online disini Garam secukupnya 1 paket kerisik saiz sederhana – beli online disini 1 sudu makan udang kering – direndam terlebih dahulu – beli online disini 2 sudu makan minyak masak Rempah empat sekawan
Ads
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan nanas, potong ikut selera masing-masing. 2. Panaskan minyak dalam periuk n tumis halia, bawang merah, bawang putih, empat sekawan dan daun kari. 3. Tumis sampai naik bau, kemudian masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan air. Biar rempah masak dan guna api sederhana. 4. Untuk dapatkan kuah yang cantik, saya buat step pecah minyak sampai tiga kali. *Maksudnya bila rempah pecah minyak kita tambahkan secawan air, ulang langkah yang sama sampai tiga kali. 5. Kemudian masukkan udang kering. 6. Masukkan kerisik, garam dan gula perang. Jumlahnya terpulang pada selera masing-masing. 7. Akhir sekali baru masukkan nanas. Biar mereneh dan nanas mesra dengan rempah.
8. Rasa kuah tu, mana yang kurang boleh tambah atau kurangkan. Diulang ikut selera masing-masing. 9. Bila semua sudah sempurna, boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan.
INFO: Empunya resipi masak dengan api yang perlahan, jadi kalau nak masak untuk makan tengahari, dalam kul 10 pagi tu sudah boleh mula masak pajeri ni.
Sejam juga masa yang siambil, sebab nak pastikan rempah masak cantik. Harapnya resepi ini dapat membantu. Selamat mencuba. Doakan empunya resipi murah rezeki. Andai ada yang nak berniaga jual Pajeri Nanas, boleh cuba resipi ini.
Bunga betik mungkin jarang dijadikan lauk harian kita, tapi bagi orang kampung, ia adalah antara ulam dan sayuran tradisional yang sedap dan kaya khasiat. Rasa pahitnya yang unik menjadikan bunga betik sesuai dimasak dengan pelbagai cara sama ada ditumis ataupun dijadikan kerabu.
Selain kaya serat, bunga betik juga dikatakan membantu melancarkan sistem penghadaman dan menurunkan kadar gula dalam darah. Nak hilangkan rasa pahit pula mudah, cukup dengan celur bersama asam keping atau asam jawa.
Jom cuba dua resipi bunga betik yang dikongsi ini satu versi tumis, satu lagi kerabu.
Resipi Tumis Bunga Betik
Bahan-bahan
Bunga betik (direbus/celur dengan sedikit asam jawa, kemudian tos)
Cili besar
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit ikan bilis (optional)
Garam & perasa secukupnya
Cara Penyediaan
1. Tumbuk cili besar, cili padi, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau.
3. Masukkan bunga betik yang sudah dicelur, kacau rata hingga sedikit layu.
4. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Resipi Kerabu Bunga Betik
Bahan-bahan
Bunga betik & batang muda (ambil bahagian lembut, dicelur sekejap dengan asam keping untuk kurangkan pahit)
Ikan kembung rebus – ambil isinya
Cili merah
Cili api
Belacan (optional)
Garam & gula secukupnya
Kerisik
Hirisan bawang besar
Cara Penyediaan
1. Tumbuk cili merah, cili api, belacan, garam dan gula hingga agak lumat.
2. Gaulkan bunga betik celur bersama isi ikan rebus, bahan tumbuk, kerisik dan hirisan bawang besar.
3. Sesuaikan rasa dan hidangkan.
TIP
Bunga betik jantan lebih lembut dan kurang pahit berbanding betina.
Kalau masih pahit selepas celur, ulang celur dua kali dengan air asam jawa.
Untuk kerabu, tambah sedikit perahan limau nipis supaya lebih wangi dan segar.
1 labu bawang merah besar – beli online di sini 4 ulas bawang putih – beli online di sini 1 inci halia – beli online di sini 10 tangkai cili kering (kalau tak suka pedas boleh kurangkan) – beli online di sini 1 sudu kecil serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup (saya tak ada stok kunyit hidup jadi guna yang serbuk je)
1. Rebus daun pucuk ubi. Untuk hasil daun pucuk ubi lembut dan tetap hijau, campur air rebusan dengan sedikit air kapur dan sedikit garam.
2. Setelah daun pucuk ubi lembut, angkat masuk dalam bekas dan siram guna air paip. Perah daun pucuk ubi dan leraikan guna tangan atau potong guna pisau pun boleh. 3. Rendam ikan masin dengan air panas selama 10 minit dan cuci bersih.
4. Cuci bersih daun kunyit. 5. Kisar bahan B. Kemudian, tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak, masukkan ikan masin gaul sekejap dan masukkan 2 cawan air.
6. Masukkan garam, gula, dan sedikit ajinomoto. 7. Biarkan sampai air mendidih, baru masukkan 2 helai daun kunyit dan daun pucuk ubi yang sudah direbus tadi.
8. Masukkan 1 kotak santan. Kacau-kacau sekejap dan siap untuk dihidangkan.
Makan Nasi Ambeng tanpa sambal goreng bagai tidak lengkap. Di dalamnya lengkap dengan sayur pucuk, kacang Panjang, suhun dan sebagainya memang puas makan. Sukar nak dapat sambal goreng yang kena dengan cita rasa. Boleh saja membuatnya sendiri ikut resipi ini. Sambal goreng kalau kena rasa, meratahnya sahaja pun sedap.
Sambal Goreng Jawa Bahan-bahan: Sayur pucuk -direndam Ubi kentang Kacang Panjang- dihiris Tempe Suhun Ikan bilis Paru,hati ayam@pedal-terpulang Cili merah Bawang merah Air asam jawa Garam &gula secukupnya Sos tiram Kicap pekat &kicap manis
Cara memasak: 1.Ubi kentang,tempe,ikan bilis, digoreng terlebih dahulu. 2.Suhun digoreng macam soto. 3.Tumiskan bawang merah dan cili dihiris. 4.Masukkan sayur pucuk.masukkan air.masukkan air asam jawa,garam,gula . 5.Masukkan sos tiram.bila sayur pucuk dah empuk masukkan kacang panjang. 6.Akhir sekali masukkan bahan yang digoreng terlebih dahulu tadi.Gaul.masukkan kicap pekat & kicap manis.gaul sebati.siap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!