Ikan cencaru sumbat atau dipanggil juga ikan jaket kalau dibuat inti nyior atau kelapa memang sedaplah. Makan dengan nasi panas, memang dah tak payah lauk lain dah.
Sumbat inti penuh-penuh baru terlebih sedap ikan tuh. Kalau nak tahu ramuan kelapa parut dicampur serai, bawang dan daun kunyit memang mantaplah rasanya.
Jom semak resipi ikan cencaru sumbat kelapa yang gerenti enak ni daripada Puan June Ahmad.
Dah sumbat inti penuh-penuh tak payah nak lilit benang berbagai, curah aje telor kat sepanjang inti, kat pipi ikan sekali. Bila goreng inti tak keluar.
1. Ikan gaul garam kunyit, ketepikan. 2. Tumbuk serai, cili merah, cili padi, bawang merah, kemudian masukkan kelapa, garam, gula, perasa, kunyit serbuk dan bawang besar.
3. Tumbuk-tumbuk sedikit sahaja, masukkan daun kunyit gaulkan rata dan sumbat dalam ikan tadi. 4. Pukul telur, ceduk dengan sudu dan curahkan di sepanjang inti tadi.
5. Curahkan bahagian pipi ikan juga (tujuan untuk elakkan inti keluar masa goreng nanti). 6. Selepas itu boleh goreng macam biasa sampai garing dan angkat. 7. Ikan cencaru sumbat inti kelapa sedia untuk dihidang.
Siapa yang tak sukakan sajian cina dumpling lembut dengan inti sayur dan isi udang. Ni kudapan yang sedap dimakan begitu sahaja, atau dijadikan sebagai sajian pembuka selera.
Min kalau makan kat restoran Cina Muslim , sajian ni memang dicari. Kalau ‘umat’ ramai jom kita buat sendiri. Rasa memang tak mengenal bangsa, keenakannya satukan hati kita rakyat Malaysia.
DUMPLING UDANG & KETAM
.
Bahan A – Untuk kulit:
2 cawan tepung gandumGaram secukup rasa
2 sudu besar tepung ubi @ tepung jagungSedikit pewarna (ikut suka)
Air ( yang ni kene agak2 je)
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna (ikut suka)
Bahan B – Inti:
150gm isi udang / ketam | dicincang halus
Sedikit minyak masak untuk menumis
25 gm lobak merah | dicincang halus
Sedikit daun bawang | dicincang halus)
2 ulas bawang putih | dicincang halus)
Sedikit lada sulah
Sedikit tepung jagung (campur ngan sedikit air)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
.
CARA MEMASAKNYA : Bahan A : Kulit 1. Campurkan tepung, garam dan pewarna. Gaul rata.
2. Pastu masukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh (tak melekit kat tangan)
3. Rehatkan dalam 15minit pastu baru bulatkan jadi bebola kecil. Ni agak2 la..kalau nak besar boleh je.
4. Pastu canaikan doh tadi. Tebal sikit je dari kulit popia..
5. Buat sampai habis. Bahan B : Inti 1. Tumiskan bawang putih sampai naik bau wangi.
2. Masukkan isi ketam / udang dan kacau rata. Masukkan sos tiram dan lobak merah.
3. Masukkan pula garam, lada sulah dan tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau rata.
4. Akhir sekali baru masukkan daun bawang dan minyak bijan. Gaul rata. Selepas itu biar sejuk.
5.Isikan inti di tengah kulit dumpling yang dah dicanai tadi dan sapukan sedikit air / telur putih di keliling inti. Bentukkan seperti mangkuk atau lipat seperti karipap (ikut suka)
6.Buat sampai habis.
7.Dumpling ni boleh dimasak secara kukus ataupun digoreng.
Jom buat Lemon Meringue Tart yang mudah ini, anda hanya perlu ikut DIY ini sahaja, Anda hanya sediakan inti dan maningue sahaja. Tak perlu nak uli tepung buat cengkerang, beli je yang dah siap kemudian sediakan bahan ikut DIY yang Rasa kongsikan ini:-
LEMON MERINGUE TART
BAHAN-BAHAN:
6-10 biji cengkerang tat
3 biji telur kuning
250ml susu segar
150gm gula kastor
150gm mentega
75gm tepung jagung
1/2 biji lemon | ambil jus sahaja
Bahan Untuk Krim :
250gm krim putar
100gm gula aising
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1 : Panaskan mentega dalam periuk.
LANGKAH 2: Masukkan campuran susu telur, gula, jus lemon dan tepung jagung. Kacau sebati atas api kecil sehingga pekat.
LANGKAH 3: Tuangkan adunan inti dalam cengkerang tat dan sejukkan.
LANGKAH 4 : Paipkan adunan krim yang telah diputar sebati di atas permukaan tart.
LANGKAH 5: Terus paipkan krim sehingga habis.
LANGKAH 6: Bakarkan permukaan krim menggunakan torch.
Sedapnya tengok hidangan laksa nyonya ni ye. Bukan main lagi terliur tengok banyak lauk sampingan.
Nak masak pun mudah je. Boleh cuba dengan resipi yang dikongsikan oleh Nazri Mat Zain ini.
LAKSA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang besar* 4 ulas bawang putih* 10 tangkai cili kering* 6 biji cili merah besar* ½ inci lengkuas* ½ inci halia* 4 biji kunyit hidup* 4 @5 biji buah keras* Minyak untuk menumis 2 batang serai | diketuk 2 kuntum bunga kantan | belah 4 Daun kesom (dalam 50 sen) 1kg santan Air secukupnya 1 keping asam gelugur
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam pengisar. 2. Kisar sehingga semuanya sebati. 3. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi (minyak jangan terlampau banyak ye).
4. Semasa tumis tu, masukkan serai yang telah diketuk dan bunga kantan yang telah dibelah empat serta daun kesum. 5. Masak sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan air.
6. Kepekatan kuah ikut citarasa sendiri. 7. Masukkan fishball, tauhu fook (tauhu yang selalu orang buat begedil tu) dan sekeping asam gelugur.
8. Tauhu fook dan fish ball tu agak-agaklah ye. Ni sebab saya buat dalam kuantiti yang banyak. 9. Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.
10. Apabila sudah mendidih, tutup api. Siap untuk dihidangkan. Kuah ni boleh makan dalam 8-10 orang. 11. Terpulang sama ada nak guna mee kuning atau bihun. Tapi pastikan dicelur dulu. 12. Bahan sampingan macam laksa biasa seperti daun salad, bawang besar, timun, cili api potong dan telur rebus.