1. Bahan segar dipotong kasar, dan ditumis sehingga naik aroma. Ayam kena potong kecil-kecil supaya cepat masak. Kalau nak lagi cepat, guna bahagian dada sahaja. Cuma kena ingat, bahagian paha, kepak, leher dan kakilah yang paling sedap. Tumis ayam! 2. Bila nampak ayam kuning, capai kicap lemak manis dan curah atas ayam. Agak-agak sahajalah. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Saya gunakan api besar. Sentiasa gaul ayam.
3. Capai pula sos cili, masukkan. Bahan-bahan ni saya percaya semua orang ada dalam peti ais di rumah masing-masing. Kalau tak dalam botol, dalam peket kecil entah McD ke KFC punya mesti ada, kan? 4. Sekarang giliran sos tomato. Manis dah ada, masin dah ada, maka kena ada rasa masam. Selain beri rasa masam, tomato beri rasa umami. Sos-sos ni juga membantu pekatkan kicap.
5. Godek sampai ayam diyakini masak. Kalau tak masin, tambah garam. Ayam ni kita nak dia pekat dan kalau boleh sampai kering. Kuah dia semua nanti lekat pada ayam. Oh, saya letak sikit bawang Holland. 6. Bila dah kering, letaklah apa-apa daun. Biar nampak rupa sikit. Kalau tidak, gelap je kejadiannya. Kalau ada hijau sikit, merah sikit, baru menyelerakan. Siap! Dah boleh hidang.
Citarasa dan selera setiap orang berbeza-beza. Ada yang suka karipap goreng yang licin dan ada juga yang sukakan karipap menggerutu. Atau orang panggil karipap berjerawat.
Menerusi perkongsian resipi karipap jerawat daripada Arm Ika, walaupun rupa kuih ini tak flawless namun bila makan memang tak cukup satu.
1. Masukkan minyak panas ke dalam tepung. Gaul guna senduk dulu hingga jadi macam serbuk roti. 2. Lepas tu, boleh masukkan air sejuk. Uli-uli hingga sebati. 3. Siap doh untuk kulit karipap. Boleh canai dan bentukkan.
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga jadi kekuningan. 2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga garing. 3. Kemudian, masukkan ayam/daging. Gaul sekata. 4. Selepas ayam/daging kelihatan masak, masukkan kentang. Gaul sehingga semuanya sekata.
5. Tambah air mengikut kesesuaian untuk kentang empuk. Masukkan sekali bawang besar. Jangan lupa untuk perasakan dengan garam dan gula. 6. Masak sehingga air kering dan kentang empuk. Apabila rasa semuanya sudah serasi, lengkap rasa masin, manis dan pedas, akhir sekali masukkan daun sup.
*kalau nak simpan untuk frozen, boleh bakar dulu sebelum difrozenkan *hasil dia kalau lepas buat terus goreng, akan dapat kulit yang berjerawat macam dalam gambar. Kalau nak frozenkan tapi nak kulit jerawat, kena GORENG separuh masak.
*Kalau nak kulit licin, kena BAKAR baru dapat kulit karipap pelolesss
Makanan segera sejuk beku seperti nuget ayam, daging burger, sosejdan sebagainya memang tak sihat. Kalau diambil selalu, boleh mendatangkan masalah kesihatan. Malah kandungan lemak yang terkandung juga boleh menyebabkan berat badan anda naik! TIDAK!!! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Salah satunya ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sue Faizah ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT DAGING BURGER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 sudu makan mentega bergaram (salted butter)
1 biji bawang holland saiz kecil. (kalau saiz besar, guna separuh je)
1 sudu teh serbuk blada hitam
1 sudu teh mixed herbs
500gm daging lembu atau ayam ( tanpa lemak & kulit ) yang dah dipotong kecil
CARA MEMASAK:
1. Kisar telur sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.
3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.
4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkan dalam acuan untuk bentuk kepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)
5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dah bentuk tadi ke dalam freezer dalam 1 jam. Dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.
ATAU
6. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.
NOTA: Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.
Jarang dengar resipi nasi limau purut, tetapi jika korang jenis yang suka mencuba resipi-resipi baru boleh mencuba resipi yang dikongsikan oleh Zilareseipe ni. Nampak sangat menarik, mesti wangi dan lazat!
RESIPI NASI LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan margerin
1.5 cm halia | kupas dan hiris
2 ulas bawang putih | dihiris
4 ulas bawang merah | dihiris
1 batang serai | dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu makan stock ayam
2 cawan beras Basmathi | di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!