Resipi Pancake Lemon & Milo, Sarapan Enak Untuk Anak-anak

Share

Buat pancake atau penkek ni memang mudah. Pancake gebu lemak berkrim ditambah buah-buahan seperti lemon memang lazat.

Bagi penggemar coklat, min pasti pancake Milo jadi pilihan. Bagi mak-mak yang nak buat bekalan untuk anak sekolah dan juga sarapan, pancake memang pilihan terbaik. Jom semak resipinya.

 

PANCAKE LEMON MAPLE SYRUP

BAHAN-BAHAN:

150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan
1 biji parutan kulit lemon
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Sirap maple secukupnya

 

Dapatkan FGWalet Bird’s Nest With Kurma 180ml x 18 bottles 

dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan.
5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan: Barat
Keistimewaa: Tekstur agak kenyal
Jenis masakan : Pencuci mulut

INFO CHEF: Boleh hidangkan bersama hirisan buah-buahan segar dan krim putar jika suka.

 

PANCAKE MILO

BAHAN–BAHAN:

1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair/ susu segar
3 paket Milo 3 in 1
3 sudu besar mentega dicairkan


1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder @serbuk penaik

CARA MEMASAK:

1. Pecahkan telur dan kacau.
2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan untuk resipi pancake milo.


3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Bila bahagian atas berlubang-lubang udara dan hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah.
6. Biarkan sekejap dan terus angkat. Sedia untuk dihidangkan.
7. Sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung. Tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dengan air panas sedikit, tuang atas pancake.

Kredit resipi: Sheila Rusly

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Online Minum Petang

Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff