Pancake Sambal Bilis Berkeju ni memang sesuai untuk hidangan sahur anda. Cara membuatnya ringkas pun saja. Adunan dan Sambal Bilis boleh buat sebelum tidur dan anda boleh masak masa nak bersahur nanti. Memang kenyang dan tak terasa lapar seharian. Nak hidangan lebih ‘wow’, gunakan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Rasa macam makan di restoran! Cubalah.Resipi Pancake Sambal Bilis Berkeju Yang Ringkas & Mengenyangkan

PANCAKE SAMBAL BILIS BERKEJU

Resipi Pancake Sambal Bilis Berkeju Yang Ringkas & Mengenyangkan

Bahan-Bahan:

  • 230gram tepung naik sendiri – ayak
  • 125gram Fernleaf Susu UHT 
  • 100gram Perfect Italiano Perfect Bakes
  • 125gram Fernleaf Yogurt Asli
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh garam

Bahan-Bahan Sambal Bilis:

  • 100gram ikan bilis – cuci dan goreng garing
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 4 biji bawang merah – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 1 labu bawang besar – potong bulat
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan gula perang
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

  1. Untuk membuat sambal bilis; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Untuk membuat pancake; satukan telur, minyak jagung, Fernleaf Yogurt dan Fernleaf Susu UHT di dalam mangkuk. Pukul hingga semua bahan sebati. Masukkan tepung naik sendiri dan garam. Kacau dengan spatula hingga jadi bancuhan yang agak likat. Rehatkan bancuhan selama 5 minit.
  3. Untuk memasak pancake; sapu sedikit mentega pada kuali non-stick. Tuang sesenduk bancuhan pancake. Letak sesudu sambal bilis di bahagian tengah dan tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Bila bahagian bawah pancake telah perang, perlahan-lahan terbalikkan dan masak di bahagian yang satu lagi hingga perang. Masak hingga semua bahan habis.
  4. Angkat pancake dan letakkan di pinggan. Hidangkan panas.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut

Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Ads

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

 

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI