Paprik ayam memang sedap kalau makan di kedai tomyam. Ada yang suka paprik ayam dan ada yang suka paprik campur. Menu ini cukup lengkap kerana ada sayuran sekali dalam hidangan.
Paprik ayam ini dihidang dengan nasi panas, sekali dengan telur dadar, memang padu gabungannya. Tak percaya, cuba buat. Ikut saja resipi perkongsian daripada Khas Fena ini. Memang sedap macam di kedai tomyam. Gerenti makan bertambah.
Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan hali yang telah dihiris, serta serai yang telah diketuk.
Setelah bahan tadi garing, masukkan cili kisar.
Masak sehingga garing, pecah minyak begini.
Kemudian, masukkan dada ayam atau bahagian ayam yang lain yang telah dipotong kecil. Masak sehingga ayam kecut atau sampai masak.
Setelah itu, masukkan sos cili, sos cili Thai, sos tiram, sos ikan dan kicap manis.
Ads
Masukkan setengah mangkuk air.
Biarkan mendidih seketika.
Masukkan pula sayuran seperti lobak merah, kubis bunga, brokoli dan putik jagung. Kalau ada kacang panjang atau kacang buncis pun boleh masukkan. Jangan lupa masukkan sekali cili padi yang telah diketuk.
Akhir sekali, masukkan daun limau purut. Buangkan tulang tengah daun tu ye. Tak masuk daun ni, tak menjadi lah paprik.
Sayuran dah lembut, bolehlah tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi. Sos tadi dah beri cukup rasa.
Pepes ayam atau dikenali juga dikenali sebagai sata ayam ini sangat sedap dinikmati. Gabungan bahan rempah dan balutan daun pisang itu menambahkan aroma kesedapan.
Rupa-rupanya mudah juga untuk menghasilkan sendiri pepes ayam di rumah. Tak cuba, tak tahu kan? Bila dah cuba, semakin nak buat lagi. Buat sendiri di rumah, puas hati. Kuantiti pun lebih banyak, boleh dinikmati berulang kali.
Perkongsian resipi pepes ayam daripada Nur Izzati Zulkifliini cukup menyelerakan. Menurutnya, air tangannya ‘menjadi’ meskipun baru pertama kali membuatnya, cuma perlu perkemaskan cara lipatannya sahaja. Jom kita cuba.
Walaupun kita dah lama tak ke mana-mana, tapi lauk pauk kita biarlah sekali sekali bertaraf ‘international’ . Barulah feeling tu rasa happy dan berbunga selalu. Masakkan untuk family dengan menu Kari Ayam Vietnam ni. Kuahnya tak perlu pekat sangat. Makan dengan nasi panas-panas memang laju jer nak menambah.
KARI AYAM VIETNAM
Bahan-bahannya: 1 ekor ayam (dipotong sukahati besarnya) 3 sudu besar serbuk kari daging 2 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar cili kering kisar atau serbuk cili-BELI ONLINE DI SINI 4 helai daun bay 2 serai (dipotong serong) 1 biji bawang besar merah(dihiris) 5 ulas bawang putih (dihiris) 2 biji ubi kentang (potong6) 1 biji lobak merah (potong membulat) 170ml santan-BELI ONLINE DI SINI Stok ayam secukupnya Minyak Garam dan gula
Cara membuatnya: 1.Gaul ayam bersama serbuk kari dan sos ikan dan perap selama dua jam. 2.Panaskan sedikit minyak dan goreng manja ayam tersebut. Searkan sahaja ye. Angkat dan ketepikan. 3.Kalau minyak dah kotor, ganti minyak lain. 4.Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. 5.Masukkan cili kisar dan serai. 6.Tuangkan lebihan kari dari perapan tadi . 7.Masukkan ubi kentang, lobak merah, daun bay dan stok ayam. 8.Bila dah agak separuh lembut, masukkan ayam. 9.Perasa dengan garam dan gula. Boleh tambah sos ikan lagi jika mahu. 10.Bila mendidih, masukkan santan. 11.Masak sehingga ubi , lobak merah dan ayam masak. Kredit : #kakyan#azianhasan
Kalau sebut ayam golek mesti ingat makan beradab pengantin, betul tak? Kali ini jom kita buat ayam golek untuk hidangan istimewa cuti Tahun Baru Cina, boleh makan puas dengan ahli keluarga supaya lepas ni tak perlu lagilah jeling-jeling ayam golek ke atas meja makan beradab. Terima kasih Sri Astana Katering ini atas perkongsian resipi ini.
AYAM GOLEK THAI SOS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Golek:
1 ekor ayam | bersih dan tos
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Thai::
4 ulas bawang putih | cincang
4 biji cili merah | kisar kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketimbar | hiris
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan 30 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Bahan Sambal:
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6cm halia | kisar
2 batang serai | kisar
3 sudu makan pes cili kering
100ml susu cair
1 sudu makan air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
Untuk menyediakan sambal.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
AYAM GOLEK PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersihkan
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Percik:
1 liter santan pekat
4 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
3cm lengkuas | kisar
3cm kunyit hidup | kisar
3 biji cili merah | kisar
3 batang serai | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas). Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira