Resipi Paprik Sardin & Telur Dadar Gebu, Lauk Simple Tapi Sedap!

Share

Wow… Paprik Sardin ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Biasanya kita menikmati Paprik Ayam, Daging atau Campur, kali ni boleh ubah selera. Tak sangka, sardine pun enak dimasak paprika sebegini. Sangat berbaloi untuk cuba resipi perkongsian saudari Elvianna El-Zahra ni. Pasti berselera makan.

CARA MASAK PAPRIK SARDIN & TELUR DADAR GEBU

Paprik Sardin

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tin sardin beli online disini
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • Cili merah – hiris
  • Cili padi – ketuk
  • Daun limau purut
  • Serai – ketuk
  • Halia – ketuk
  • Daun bawang – hiris
  • Lobak merah
  • Kobis bunga
  • Jagung muda
  • Kacang panjang
  • 1 biji kentang – digoreng hingga sedikit layu
  • 2 biji tomato – potong 4
  • Cili kisar
  • Sos cili beli online disini
  • Sos tiram beli online disini
  • Perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar, biarkan hingga sedikit garing.

2. Kemudian masukkan cili padi dan serai.

3. Masukkan juga cili merah dan kentang.

4. Tambahkan sos cili dan sos tiram. Gaul semua bahan hingga sebati.

5. Masukkn daun limau purut dan sedikit air.

6. Tambahkan lobak merah, kacang panjang, kobis bunga dan jagung muda. Tutup periuk seketika hingga semua sayur lembut.

7. Apabila semua sayur sudah lembut, masukkan sardin dan tomato.

8. Perasakan dan akhir sekali taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

Telur Dadar Gebu

BAHAN-BAHAN:

BAHAN TUMIS:

  • 2 biji bawang merah – potong dadu
  • 1 biji kentang – disagat)
  • 1/2 batang lobak merah – disagat
  • Cili merah/cili padi – dicincang

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur dan semua bahan di atas dan masukkan daun bawang.. kacau hingga sebati.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar, biarkan hingga sedikit garing.
  3. Kemudian masukkan cili padi dan serai.
  4. Masukkan juga cili merah dan kentang.
  5. Tambahkan sos cili dan sos tiram. Gaul semua bahan hingga sebati.
  6. Masukkn daun limau purut dan sedikit air.
  7. Tambahkan lobak merah, kacang panjang, kobis bunga dan jagung muda. Tutup periuk seketika hingga semua sayur lembut.
  8. Apabila semua sayur sudah lembut, masukkan sardin dan tomato.
  9. Perasakan dan akhir sekali taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Elvianna El-Zahra

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur