Masakan paprik cukup terkenal di kedai makan di Thailand & Malaysia. Hidangan lengkap dengan isi ayam, udang, sotong, dan sayur-sayuran ini memang sedap! Pedas, masam, masin memang cukup. Nak cuba resipi Paprik Udang Banjir yang sedap perkongsian saudari HasnorFadila Kadir ni? Ini bahan-bahan yang anda perlukan.
Memang sedap sungguh makan udang goreng pedas yang dicampur dengan daun ketumbar. Tengok serdak udang yang garing ni pun dah nampak sedap, apa lagi dapat makan udang yang panas-panas pedas. Kena pula dengan nasi panas. Boleh buat sahur.
UDANG GORENG PEDAS DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
250 gram udang saiz XL | buang kulit
1/2 cawan tepung goreng ayam
1 sudu kecil pati ayam
6 ulas bawang putih | cencang
2 biji cili merah | cencang
1 sudu besar chili flakes
1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
Sedikit daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
5. Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang.
6. Tutup api dan kacau rata.
Ada tanam pucuk ubi kat belakang rumah, kalau ada memang sedap dimasuk dalam lauk kerang masak lemak dengan cili api.Ni lauk tradisi memang senang dibuat.
Jome semak resipi dari Sweety Rose Cafe, yang disumbangkan oleh pemilik kafe ini Mohd Azmi dan Atie. Untunglah rumah yang ada pucuk ubi kat laman belakang rumah Azmi. Yang takde kenalah beli kat pasar tani.
KERANG MASAK LEMAK PUCUK UBI CILI API :
BAHAN-BAHAN :
1kg kerang segar
2 batang serai
2inci halia
2inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili merah dan hijau
Perencah secukup rasa
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
Pucuk ubi secukupnya
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MASAK: 1. Bawang kunyit halia serai dikisar. 2. Tumis bahan-bahan di atas, Masukkan sedikit air. 3. Masukkan santan, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerang. 4. Akhir sekali masukkan pucuk ubi 5. Siap untuk dihidangkan.
Dari : Azmi & Atie FB : Mohd Azmi. Pemilik Sweety Rose Cafe
Menu viral bertukar ganti dan menjadi ikutan ramai, namun menu kampung yang menjadi warisan ini tetap menjadi pilihan ramai. Kadang-kadang bila teringin makan masakan kampung automatik teringatkan masakan mak kat kampung. Hari ni, RASA kongsikan variasi menu kampung untuk mengembalikan ingatan korang pada ibu di kampung. Keikhlasan dan kasih ibu menjadikan air tangannya sentiasa sedap pada selera anak-anak, walaupun hanya sambal ikan masin. Betul tak?
KARI TULANG BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk
150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
500ml air rebusan tulang
250ml santan
1/2 cawan air asam jawa
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan sebuk cili
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
6 ulas buah pelaga
5 biji bunga cengkeh
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulsa bawang putih
4cm halia muda
3 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
KERABU PERUT BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan
2 batang kacang panjang | hiris halus
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis
4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus
10 biji cili padi hijau | hiris halus
2 biji cili merah hiris
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.
KUPANG TUMIS TAUCHU CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500 gm kupang frozen | bersihkan, celur dan tos
15 biji cili padi | hriis
15 biji cili merah | hiris
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan tauchu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawah besar hingga layu.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Kacau lagi.
Kemudian masukkan kupang yang telah dicelur tadi.
Kacau rata dan tambah air jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata hingga air kupang kering.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sambal kupang sedia dihidangkan.
GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG BULAT
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
2 biji terung bulat | belah empat
500ml santan kelapa
2 keping asam gelugor
2 sudu makan rempah kari ikan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS DARAT:
4 biji bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 sudu makan rempah campur
1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.
RENDANG KERING PARU
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus hingga empuk & hiris nipis
500ml santan
2 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugor
3 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukupnya
1 helai daun kunyit | carik-carik
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia
3 batang serai
3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan paru, kacau rata dan masukkan santan dan asam gelugor.
Biarkan mereneh atas api sederhana, sekali sekala kacau.
Apabila kuah mula pekat masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga rendang paru kering.
Setelah kering tutup api, taburkan daun kunyit dan gaul rata.
Rendang kering paru sedia dihidangkan.
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.