Masakan paprik cukup terkenal di kedai makan di Thailand & Malaysia. Hidangan lengkap dengan isi ayam, udang, sotong, dan sayur-sayuran ini memang sedap! Pedas, masam, masin memang cukup. Nak cuba resipi Paprik Udang Banjir yang sedap perkongsian saudari HasnorFadila Kadir ni? Ini bahan-bahan yang anda perlukan.
CARA MASAK PAPRIK UDANG BANJIR
BAHAN-BAHAN:
- Ayam/udang/sotong
- Aneka sayuran ( lobak merah, bunga kubis, jagung kecil, tomato, cendawan, kacang panjang, kacang buncis)
- 1 senduk cili kering kisar
- 1 biji bawang holland – dihiris
- 1 biji bawang merah – dihiris
- 5 ulas bawang putih – dihiris
- Halia – dihiris
- Serai – diketuk
- Daun limau purut
- Bawang besar/holland potong bulat
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap manis
- Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih, halia bawang merah, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili kering kisar. Tumis lagi hingga garing.
- Masukkan sedikit air, sos cili, sos tiram, sos tomato dan serai.
- Selepas itu masukkan lobak merah, kubis bunga dan daun limau purut. Masak hingga sayur lembut.
- Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa anda.
- Seterusnya masukkan udang, cendawan, tomato dan bawang holland.
- Akhir sekali masukkan kacang buncis atau kacang panjang. Gaul semua bahan hingga sekata dan masak sempurna. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Boleh tambah isi ayam, sotong atau daging. Boleh juga campurkan ikut citarasa anda.
Kredit resipi & foto: HasnorFadila Kadir
ANDA JUGA BOLEH CUBA: