Kalau makan lauk paprik, kuahnya cukup memainkan peranan. Jika sedikit, memang tak puas makan kerana keenakan paprik ini terletak pada kuahnya.Supaya puas hati, kita boleh saja buat paprik kuah ‘banjir’. Takdelah terkuis-kuis kuah bila makan satu famili.
Resipi paprik banjir ini dikongsi oleh HasnorFadila Kadir dan menggunakan udang. Boleh saja diganti dengan ayam, sotong atau dicampur lagi sedap.
Resipi paprik udang kuah banjir
Bahan-bahan
Udang
1 senduk cili kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang kecil
Halia
Serai
Daun limau purut
Bawang besar/holland potong bulat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Garam
Gula
Perencah hilal
Air
Ads
Bahan sayur dipotong
Lobak merah, bunga kubis, jagung, tomato, cendawan, kacang panjang, kacang buncis
Cara membuat
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing. Lepastu masukkan cili kering dan tumis lagi sampai garing.
Ads
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram,kicap manis, serai dan daun limau purut dan masak lagi.
3. Lepastu masukkan bahan lobak, jagung mudah kemudian tambah perasa bersama perencah Hilal.
4. Masukkan udang, cendawan, tomato, bawang yang dipotong bulat. Akhir sekali sekali masukkan kacang buncis atau kacang panjang. Siap.
Ads
INFO: Sekiranya mahu menggunakan ayam, boleh masuk masa lepas tumis bawang atau cili kering.
Ketam segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli.
KETAM GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
Ketam
Sedikit tepung jagung
Telur masin direbus
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega
Susu cair | anggaran 1/2 cawan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi
Macam mana, dah tonton Rasa Anak Emak Anak Bapak episod 11 bersama Bell Ngasri bersamanya babanya; Hj Ngasri Sain tadi? Memang lucu dan menghiburkan kan? Ada sahaja idea Bell untuk mengenakan ayahnya.
Rupanya sajian Tomyam merupakan hidangan kegemaran Hj Ngasri. Simple sahaja menunya. Walaupun hanya guna pes tomyam segera, tapi kalau silap campur bahan tanpa sukatan yang betul, memang tak menjadi masakannya. Nasib baik Bell ni boleh masak. Sedaplah juga walaupun pada awalnya si ayah agak ragu-ragu.
Nak cuba masak menu Tomyam Merah resipi Bell Ngasri ni untuk ibu bapa dan keluarga tersayang? Jom lihat resipi di bawah.
RESIPI TOMYAM MERAH CAMPUR POWER
BAHAN-BAHAN:
1.5 liter air – lebihkan jika guna banyak bahan
5-6 ekor udang- bersihkan
3 ekor sotong – bersihkan & hiris
400gm isi dada ayam – hiris nipis
1/2 biji bawang besar – hiris
1/2 batang lobak merah – hiris
2 batang serai – dititik
1 inci lengkuas – dititik
3 helai daun limau purut
10 tangkai cili padi
2 biji tomato – hiris
1-2 biji limau nipis – ambil jusnya
1 tangkai daun ketumbar – hiris
2-3 sudu makan pes tomyam – jika suka tomyam pekat, boleh lebihkan.
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, lengkuas dan serai sehingga wangi. 2. Masukkan air dan pes tomyam. Biarkan kuah mendidih. 3. Masukkan isi ayam, sotong, udang, lobak merah, daun limau purut dan cili padi. Masak hingga ayam masak dan lobak merah lembut. 4. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis, hirisan tomato dan perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Padamkan api. 5. Sebelum dinikmati, tabur hirisan daun ketumbar untuk menyedapkan lagi rasa tomyam.
Tengok serdak udang yang garing ni pun dah nampak sedap, apa lagi dapat makan udang yang panas-panas pedas. Kena dengan gu nasi putih memang terangkat. Apa kata, mak-mak yang nak ke pasar pagi ni boleh beli udang dan cuba menu Udang Goreng Pedas Daun Ketumbar ni….
UDANG GORENG PEDAS DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL | buang kulit
1/2 cawan tepung goreng ayam
1 sudu teh pati ayam
6 ulas bawang putih | cincang
2 biji cili merah | cincang
1 sudu makan chili flakes
1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
Sedikit daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.